Gegar Vaganza 9
GV9: #OhAbeNik Ada Berani Tak Ramal Siapa Bintang GV9?
Melewati fasa penghujung tahun pasti ramai yang menantikan pelbagai kejutan termasuk juga rancangan realiti paling popular Gegar Vaganza (GV).
Nampak gayanya, edisi kesembilan GV mungkin bakal memulakan siaran tidak lama lagi, seperti kebiasaannya setiap tahun.
Namun, yang menjadi persoalan dan teka-teki ramai siapakah pula yang bakal membarisi senarai bintang yang bertanding pada tahun ini?
Ramai yang tampil dengan pelbagai ramalan di media sosial, ada yang mahukan penyanyi bervokal padu, ada yang mahukan bintang berkumpulan.
Tak kiralah, asalkan bintang kesayangan mereka menjadi salah satunya yang akan bertanding di pentas hebat itu! Mungkinkah bakal ada kejutan besar tahun ini?
Menyorot semula tahun-tahun terdahulu, juara sulung menyaksikan penyanyi Ayai (Ilusi) dinobatkan sebagai juara, diikuti Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4) dan Noryn Aziz (GV5).
Manakala, kejutan buat pertama kalinya, GV menobatkan juara bersama iaitu Naqiu (Boboi) dan Hady Mirza sebagai juara GV6 sebelum Cliff Umar pada GV7.
Tahun lalu pula menyaksikan bintang kelahiran Singapura, Aliff Aziz diumumkan sebagai juara GV8!
Tahun ini, agak-agaknya siapalah pula tekaan korang?
Oh! Kalau korang nak tengok info selanjutnya tentang GV9, boleh layari www.gempak.com nanti dan langgan juga Premium Pack Astro! Korang bukan saja boleh tengok live di TV tapi juga online di Astro Go!
Dengar cerita juga akan ada bintang-bintang GV turun busking depan pusat beli-belah Sogo 1 September nanti bermula pukul 3.30 petang. Jom korang!