GV9: Tom Pitam Di Restoran Mamak Lepas Habis Konsert - "Tengah Lepak Tiba-Tiba Pandangan Gelap"
Amri Hassan
10/10/2022 20:55 MYT
10/10/2022 20:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Tom pitam di sebuah restoran mamak selepas tamat konsert keempat Ahad lalu.
Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram memberitahu dia tidak menyedari perkara yang telah berlaku sehingga dibantu oleh sepupu dan orang ramai yang berada berhampiran.
"Sebenarnya saya sudah mula rasa tidak sedap badan ketika berada di sidang media selepas konsert berakhir tetapi tidak sangka sehingga pitam.
"Ketika di sidang media, saya maklumkan kepada iaitu Abang Aalan yang saya rasa tidak sihat dan dia mencadangkan untuk keluar ke restoran untuk makan di sana.
"Sedang elok duduk di kedai mamak, tiba-tiba pandangan gelap, tahu-tahu sepupu saya dan rakan-rakan sedang angkat dan membaringkan saya di atas kerusi. Mereka kata saya tiba-tiba rebah ke bawah meja tapi saya tak ingat langsung.
"Syukurlah tak apa-apa. Ramai yang membantu ketika itu, ada yang memberi minyak angin dan mengurut saya, ada yang tolong mengipas saya, ada yang katanya berlari ke kedai mencari tampalan koyok tetapi malangnya kedai dah tutup.
"Malah Bob yang turut ada di restoran yang sama turut memberikan saya gula-gula kerana katanya mungkin gula saya rendah ketika itu," ujarnya.
Tom yang menyanyikan lagu Hanya Satu (Datuk Nora Arifin) pada konsert keempat Ahad lalu beranggapan situasi yang terjadi kepadanya disebabkan terlalu kepenatan.
"Tak tahu apa punca saya pitam, mungkin sebab terlalu penat. Mereka mencadangkan untuk ke hospital tapi saya tak mahu kerana rasa sudah okey selepas muntah dan hari ini saya hanya berehat di rumah.
"Mungkin juga badan masuk angin sahaja, maklumlah lewat makan," tambahnya.
Dalam pada itu, menurut sumber yang berada di restoran terbabit, Tom kelihatan pucat sehinggalah tiba-tiba sahaja rebah di meja makannya.
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Sumber: Boom Malaysia!