Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hetty Koes Endang Dakwa Penari ‘Kacau’ Persembahan VE? Ini Jawab Ketua Jurulatih Tarian - “Kan Konsert GegarVaganza Kenalah ….”

Shahrin Zulkifle
19/10/2022 02:00 MYT
Komen salah seorang juri tetap program GegarVaganza musim ke-9 (GV9) Hetty Koes Endang yang ‘menegur’ keberadaan penari di bawah pentas sewaktu persembahan kumpulan VE telah menyorot perhatian ketua jurulatih tarian, Hanafi Rosdi.

Pada konsert minggu kelima GV9 yang berlangsung pada Ahad, Hetty atau mesra disapa Bonda telah menegur penari dengan mengatakan keberadaan mereka seolah-olah ‘menggangu’ persembahan kumpulan itu bersama penyanyi undangan Nikki Palikat.

Menyedari akan komen tersebut, Hanafi atau senang disapa Cikgu Napi tampil mejelaskan pandangannya mengenai corak persembahan yang dipamerkan penarinya ketika itu.

“Dia juri dia ada hak untuk komen begitu. Salah satu sebab saya buat corak persembahan dengan meletakkan penari di bawah sebab atas pentas dah ada VE dan Nikki.

“Koreografi itu memang tujuannya nak highlight persembahan penyanyi untuk mereka menyanyi bersama-sama. Kalau letak penari terlalu lama atas pentas, risau penyanyi tidak di highlight sangat dan itu sebahagian daripada koreografi.

“Mungkin Bonda rasa pemandangan itu menggangu dia, tapi sebenarnya kalau dilihat daripada sudut persembahan tiada istilah ‘kacau’.

“Mungkin kerana nak menilai, jadi dia mahukan satu view yang cantik untuk menilai, tapi bonda perlu faham, ini kan konsert GegarVaganza kenalah buat style konsert,” ujar Cikgu Napi kepada Gempak.

Dalam pada itu, Cikgu Napi akui bersetuju dengan komen lain Bonda yang meminta kumpulan tersebut seharusnya melakukan beberapa pergerakan bersama-sama di atas pentas.

“Betul setuju dengan Bonda, untuk VE sepatutnya sudah perlu ada tarian untuk mereka lakukan bersama-sama.

“Insya-Allah, minggu ini akan difokuskan kepada itu, dah lima minggu VE tiada pergerakan,” tambahnya.

Konsert minggu kelima yang bersiaran secara langsung dari Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah bertemakan Ku Seru. VE bersama penyanyi undangan Nikki Palikat telah membawakan lagu Hanya Memuji dan berjaya memperoleh markah sebanyak 76%.

#Elly Mazlein #Nabil Ahmad #Konsert #Astro Ria #Shila Amzah #GV #VE #Nikki Palikat #GV9 #GegarVaganza2022 #GegarVaganza9