Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Impian Peminat Nak Fuad Rahman Ke Final GV9 Lebur! Ramai Kecewa - "Hati Saya Sakit, Fuad Bukannya Tak Bagus ..."

Amri Hassan
22/11/2022 10:55 MYT
Pentas separuh akhir menyaksikan Dina Nadzir dan bintang kelahiran Singapura, Fuad Rahman terkandas.

BACA: GV9: Dah 3 Minggu Fuad Rahman Tak Sihat & Batuk Berpanjangan - "Sakit Ni Datang Daripada Allah, Nak Hapuskan Dosa"

BACA: GV9: Tersungkur Di Minggu Semi Final! Dina Dapat Markah 59.2%, Fuad Cuma 58.3%


Hal itu secara tidak langsung meleburkan harapan peminat setia penyanyi berkulit hitam manis itu untuk beraksi di final pada Ahad ini.



Meninjau komentar di media sosial, ada yang meluahkan kekesalan terhadap penyingkiran Fuad. Tidak kurang juga yang tidak bersetuju dengan keputusan terbabit.

"Fuad Rahman tak pergi final aku nangis sia tengok results," ciap pemilik akaun @atiqahfaridmohd.

"Sedih betul GV9 ni, nak Fuad Rahman please," sahut @nickzettyy.

"Damn Fuad Rahman didn't make it to finals," tambah @HoelyDanish.

"It’s been one hell of a journey man. The exposure is great and now everyone knows your name. All the best in your future endeavours Fuad Rahman. Rock Never Die," tulis @OfficialFeez.

Kata @ayyuuunnnniiii pula; "Oh my heart aches when Fuad Rahman didnt manage to go to finals."

Disahut lagi dengan @hailanhamid; "Fuad Rahman & Dina Nadzir…bukan tak bagus…mereka takde rezeki…itu je…all the best to both of them."

Menurut permarkahan juri, Fuad yang menyanyikan lagu Di Alam Fana Cinta (Fotograf) dan berduet menerusi lagu Boneka (Ernie Zakri) hanya memperoleh markah terendah 58.30% di belakang Dina.



GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.

Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Viral #Gegar Vaganza #peminat #Tersingkir #GV #Finale #GV9 #Fuad Rahman