Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lutut ‘Terseliuh’, Kak Lina Disorong Kerusi Roda Tarik Perhatian Penonton; “Tetap Nombor Syatu!”

Asyikin Mayudin
30/10/2022 13:20 MYT
Gara-gara mengalami masalah lutut ketika jalani penggambaran pada petang tadi, pengacara Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) Elly Mazlein tetap bersemangat melaksanakan tugasnya pada konsert minggu ketujuh.

Malah kemunculan Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina yang ditolak menggunakan kerusi roda ketika menyampaikan lagu Senyuman Ragamu bersama pengacara bersama Nabil Ahmad menghiburkan penonton.

Elly yang ketika ditemui wartawan Gempak di belakang pentas sebelum konsert bermula memaklumkan keadaan lututnya yang terseliuh sudah semakin pulih.

“Dah okay,” kata Elly secara ringkas sambil tersenyum kepada Gempak.

Sebelum ini, Elly berkongsi foto keadaan lututnya yang cedera ketika menjalani penggambaran drama siri terbaharu berjudul Gila Viral pada petang tadi.

Menerusi laman Instagram Elly atau dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom berterima kasih kepada penerbit, Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Baharom serta beberapa warga dari produksi Radius One kerana membantunya.

Selain itu, pelakon Marlia Musa menggantikan penyanyi Datuk Syafinaz Selamat yang tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai juri tetap konsert minggu ketujuh GV9 kerana menghadiri malam kemuncak Anugerah Sri Angkasa 2022 yang berlangsung pada waktu sama.

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.

Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
#Elly Mazlein #Kak Lina Pom Pom #Kerusi Roda #GV9 #Gegar Vaganza 9 #Gegar Vaganza 2022 #Lutut Terseliuh