Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pentas ‘Banjir’, Tomok Panik, Sanggul Paper Plane & Baju Ikan Pari Bakar Kak Lina, Ini Antara Perkara Havoc Berlaku Di Final GV9

Mya Amri
30/11/2022 01:50 MYT
Sehingga kini konsert akhir Gegar Vaganza 9 (GV9) yang berlangsung pada Ahad masih lagi menjadi bualan netizen.

Ada yang tidak boleh move on dengan persembahan akhir bintang GV9 dan ada juga yang masih memperkatakan tentang perkara lucu berlaku sepanjang bersiaran pada Ahad.

“Ala GV9 dah habis, lepas ni nak tengok apa hujung minggu? Bosanlah macam ni,” luah seorang netizen.

Apa-apa pun sebenarnya banyak perkara menarik yang berlaku di GV9, lebih-lebih lagi di auditorium.

Kami kongsikan beberapa momen menarik untuk anda recap kembali malam akhir GV9.

1. Auditorium full house, ada peminat yang datang seawal jam 6:30 petang ya!

2. Sebelum GV9 bermula, ada ‘pertandingan’ menari antara kelab peminat. Meriah guys! Semua sporting ya! Yang menang siap dapat hadiah… Snack makanan ringan heheheh.

3. Sherry Alhadad, Suki Low, Uyaina Arshad, Hawa Rizwana, Zulin Aziz, Dafi, Liza Hanim, Aishah dan Haiza antara selebriti yang hadir memberikan sokongan.

4. Letop! Datuk Ramli Ms atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram memakai busana berwarna pink guys!

5. Saiful Apek muncul dengan treadmark kasut berodanya sewaktu membuat persembahan namun sebaik selesai menyanyi, Apek tidak perasan Yassin sudah berjalan masuk ke belakang pentas.

Apek yang tersipu-sipu malu sebaik perasan dengan perkara itu kemudiannya kelam kabut meninggalkan pentas mengundang tawa penonton di auditorium. Buat hal lah Apek ni kan! Hahahaha.

6. ”Medik! Medik!” - Nabil terkejut disebabkan ada ‘letupan bunga api’ selepas persembahan namun apa yang lucu bila Nabil bergurau panggil “Medik! Medik! Tok Ram tu sakit jantung”. Tok Ram juga yang kena ek, hehe.

7. Tak sah kalau Nabil tak usik Kak Lina kan, kali ini busana Kak Lina Nabil kata macam ikan bakar Portugus. “Lawa macam ikan pari, ikan bakar Portugis. Jangan dekat-dekat dengan microwave tau,” selorohnya.

8. Sewaktu persembahan Hazrul, penonton membaling kapal terbang kertas tetapi ada satu yang tersangkut betul-betul disanggul Kak Lina. Nabil pun apa lagi memang dia gelak terbahak-bahak tepi pentas.

9. Menariknya ada penonton letak nombor telefon di kapal terbang kertas tu ya. Namanya Cik Lin, amboi cari jodoh ke tu hehe.

10. Sewaktu persembahan Tomok, penyanyi itu terkejut selepas prop yang dibalingnya terkena di bahagian kepala seorang penonton.

Panik dengan kejadian itu, selepas menerima komen juri, Tomok terus berlari ke arah penonton itu dan meminta maaf.

Sewaktu ditemui Gempak, Tomok juga bersungguh-sungguh menyatakan rasa maafnya. “Ya Allah, betul saya sangat-sangat tak sengaja. Saya sendiri pun terkejut, terus saya berlari jumpa dia,” kata Tomok.

11. Paling letup! Bukan main-main ya, persembahan Shila Amzah next level tau, siap main air lagi atas stage! Love!

12. Apa lagi nak kata, GV9 nombor syatu la dikkk! Trending nombor satu yaaaaa! Power kan!

13. Sewaktu sidang media, Tok Ram teruja cari air Cha Time tapi malangnya sudah habis. Alamak Tok Ram sorry.

14. Untuk pengetahuan, air Chatime tu di sponsor oleh Tomok tau! Alhamdulilah, semoga murah rezeki Tomok.

BACA: Menepati Ramalan, Jaclyn Victor Juara GV9! Menang 100,000.

GV9 menyaksikan dinobatkan sebagai juara, Bob pula adalah naib juara, manakala Shila ditempat ketiga, Tomok menduduki tempat keempat, V.E ditempat kelima dan Hazrul Nizam tempat kelima.

#Elly Mazlein #Nabil Ahmad #Kak Lina Pom #Corat Coret #GV9 #Gegar Vaganza 9
;