Gegar Vaganza 9

Pernah Bercinta Tahun 2005, Tom Terbuka Hati Terima Fuad Rahman - "Dia Nak Tebus Balik Silap ..."

gempak
Amri Hassan
08/12/2022
07:25 MYT
Sponsor Banner
Pernah Bercinta Tahun 2005, Tom Terbuka Hati Terima Fuad Rahman - "Dia Nak Tebus Balik Silap ..."
Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom bersedia untuk kembali mengenali bekas teman lelakinya, penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman.
BACA: Akui Bercinta, Fuad Rahman Rancang Nikahi Tom GV9! - "Saya Lamar Dia Jadi Kekasih 2 Minggu Lepas"
Bersama-sama di pentas GV9, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, mengakui hatinya terbuka apabila Fuad mencarinya untuk berkongsi kisah rumah tangganya yang baru berakhir.
"Bila dia dalam keadaan sakit, saya takut dia buat balik jadi saya bertanggungjawab untuk jaga dia. Saya memang sudah kenal dia dan saya percaya dia bukan sekuat orang sangka. Kalau dia frust dia mungkin boleh berubah balik.
"Kami tak sengaja sebenarnya terjumpa di GV9, ketika itu saya tahu dia dah kahwin jadi tak mengapalah kami kawan-kawan.
"Selepas proses dah (cerai) selesai secara rasminya, dia cari saya dia kata 'lost', saya takut dia buat perkara yang tak diingini, jadi, sebelum apa-apa saya selamatkan dia.
"Ibu dia call saya, minta tolong jagakan dia dan dia pun risaukan keadaan anaknya tengah tak stabil. Bila dia pun cari kita okeylah, saya terima dengan hati terbuka, lagi pun saya single," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Tom mendedahkan dia dan Fuad pernah menjalin hubungan cinta sekitar tahun 2005 hingga 2010 namun mereka terpisah disebabkan hukuman penjara.
"Dia memang boyfriend lama saya, tahun 2005 kami pernah fling-fling, lepas tu dia berdepan masalah dadah, tinggalkan saya terkontang-kanting di Johor Bahru.
"Bila dia cerita balik, dia kata memang nak bertanggungjawab terhadap apa yang dia buat sebelum ini.
"Memang beza dia dulu dan sekarang. Apabila saya pula berkahwin, kami lost contact terus dalam 10 tahun dan tiba-tiba terjumpa sini (GV9)," ujarnya.
Terdahulu, Fuad dan Tom mengemaskini status Facebook masing-masing dengan status 'in relationship' selain berkongsi foto bersama-sama.
Tambah Tom, dia sentiasa memantau keadaan Fuad dan memastikan dirinya terkawal sepanjang masa.
"Makan dia saya jaga, pantau dia. Saya tak nak perkara tak diingini berlaku dan saya tahu dia tak boleh stress.
"Memang saya rasa terlalu awal untuk saya terima dia lepas bercerai, tapi kalau dibiarkan entah apa jadi kat dia. Saya nak selamatkan dia.
"Asal-asalnya kalau dia nak berkawan saja pun boleh... Kalau peminat sayangkan dia, apatah lagi saya yang pernah bersama dengan dia," ceritanya.
Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Manakala, Fuad pernah dua kali mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live