Gegar Vaganza 9

"Saya Pernah Dapat RM6 Bahagi Dua" - Tom GV9

gempak
Amri Hassan
08/09/2022
00:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Pernah Dapat RM6 Bahagi Dua" - Tom GV9
Penyanyi Tom memanjatkan rasa syukur tersenarai antara 13 bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) tahun ini.
Umpama rezeki terpijak, kata Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Azfal Raja Ikram, 36, GV9 diharapkan mampu mengubah nasib dan kehidupan bersama dua anaknya.
"Memang terkejut dapat masuk GV9, jantung rasa nak gugur. Saya memang nak masuk. Saya sekarang memang tengah susah, saya bukan orang senang... Saya single mother, jaga dua anak di Langkawi.
"Bila dapat panggilan, Ya Allah memang rezeki sangat, macam tak percaya. Saya menangis... Allah bagi saya peluang, sebab saya ni bukan orang baik," ujarnya kepada Gempak.

Perit ketika PKP

17 tahun menjadi penyanyi kelab malam, kata Tom yang sebelum ini pernah menjuarai sebuah pertandingan realiti nyanyian melihat GV9 membuka lembaran baharu hidupnya.
"Bila PKP saya banyak berubah. Apabila kelab malam dah buka balik saya dah tak nak nyanyi kelab malam dah... Saya tak nak terus hidup macam ni, sebab saya ada anak-anak. Kasihan kat mereka, kalau saya jatuh mereka akan jatuh. Anak-anaklah sekarang kekuatan saya...
"Ada cakap saya masuk GV9 sebab nak suka-suka, tak tak... bukan. Saya masuk sebab nak mengubah nasib keluarga dan anak-anak," tambahnya.

Busking dapat RM6

Sepanjang empat tahun menjalani kehidupan di Langkawi, Kedah bersama kedua-dua anaknya yang masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun, Tom pernah melalui detik perit ketika PKP.
Ketika semua kelab malam terpaksa ditutup, Tom buntu hingga akhirnya memutuskan untuk menyara kehidupannya bersama anak-anak dengan busking.
"Saya tak adalah senang, ada banyak masalah. Saya berkahwin banyak kali, sebelum ini nyanyi kelab malam. Walau tak semasyuk jadi artis tapi bolehlah menyara keluarga sampailah PKP kelab semua tak boleh buka.
"Lepas PKP saya hanya boleh busking sahaja. Saya malu sangat nak busking, tapi lama-lama saya enjoy. Nak tak nak saya kena kerja juga demi anak-anak, saya tolak rasa malu itu.
"Rasa lagi berkat bila kita menyanyi dengan orang yang appreciate nyanyian kita.
"Lepas PKP, kehidupan sana dah tak sama. Memang struggle, gaji tak sebanyak macam menyanyi di kelab.
"Saya pernah dapat RM6 bahagi dua orang. Tapi masa itu pertama kali belajar busking.
"Di Langkawi tak ramai penyanyi, kebetulan ada yang kenal saya, mereka ambil saya menyanyi di restoran mereka dan berbayar. Bayar pun okeylah, tak banyak. RM100 satu kepala, kadang-kadang mungkin boleh dapat RM200 ke RM250," ceritanya sebak.
GV9 menyaksikan 13 bintang yang bakal berentap untuk merebut gelaran juara. Selain Tom, GV9 turut disertai Jaclyn Victor, Shila Amzah, Pat Candy, Haida Hasnan dan Dina Nadzir.
Pentas GV9 turut dihangatkan dengan penyertaan Bob Yusof, Roy Kapilla, Hazrul Nizam, Fuad Rahman, Asheed dan kumpulan VE.
Konsert mingguan GV9 akan mula bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 18 September ini dan dipancarkan eksklusif di Astro Ria.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live