Gegar Vaganza 9
“Saya Tak Hebat Mana, Tak Pandai Bermadah” - Banyak Job, Elly Mazlein Tetap Rendah Diri! Ramai Puji: “Kak Kepom Nombor Syatu!”
Penyanyi, pelakon dan hos Gegar Vaganza 9 (GV9), Elly Mazlein berasa terharu diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai penyampai ERA bermula minggu hadapan.
Menurut Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina akan cuba menjalankan amanah yang diberikan oleh pihak ERA kepadanya dengan baik.
“Alhamdulillah syukur… Saya tidak hebat mana… Saya cuba jalankan tugas yang telah diamanahkan sebaik mungkin.
“Saya tidak pandai bermadah dan apatah lagi nak bagi tip ,tiber… Katanya dah deleted… Ehhhh.
“Cuma yang saya pandai adalah menjadi pencuri iaitu pencuri hati chuol lah dik.
“Okay jangan lupa dating dengan Kepom di #CartaEra40 okay” kongsi Elly menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan selamat berjaya untuk bidang baru yang diceburi.
“Tahniah Kak Lina, lepas ini membuak feeling nak buka ERA,” komen seorang netizen.
“Terbaiklah Kak Lina Pom Pom, tahniah, nombor syatu,” puji seorang lagi.
“Tahniah, kak Kepom nombor syatu!” tulis netizen.
Terdahulu, ERA mengumumkan perlantikan Elly sebagai penyampai radio di akaun Instagram ERA.Je.
Segmen yang dikendalikan Elly adalah Carta ERA 40 Bersama Lina Pom Pom, setiap Sabtu, bermula jam 3 petang hingga 7 malam.
#Elly Mazlein
#Penyampai radio
#Kak Lina Pom Pom
#Penyampai Era
#ERA.je
#Kak Lina
#GV9
#Gegar Vaganza 9
#Gegar Vaganza 2022