Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Sayang Kalau Buat Penyingkiran..” - Semua Bintang GV9 Mara Ke Konsert Ke-5, Ada 2 Penyingkiran Sekali Gus?

Azwa Rahman
10/10/2022 01:02 MYT
Konsert keempat Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) menyaksikan tiada penyingkiran malah menyelamatkan Pat Candy yang berada di kedudukan tercorot.

Di laman Twitter, ramai wargamaya menyambut baik keputusan pihak produksi yang mengekalkan 11 bintang mara ke minggu kelima memandang lagu-lagu pada malam ini bertemakan kerohanian.

“Dah agak dh mesti tiada penyingkiran sebab mustahil lah dia nak singkirkan orang dengan tema kerohanian ni. Satgi kena kecam kalau ada penyingkiran,” komen seorang wargamaya.

“Aduh! Mula-mula dah risau ada penyingkiran malam ni sebab Kak Pat paling last skali. Tapi, alhamdulillah masih diberi peluang untuk bertanding untuk minggu ke-5. You can do it, Kak Pat, Don't lose hope,” kata seorang wargamaya.

“Yes! Tiada penyingkiran minggu ni!” sokong seorang wargamaya.

“alhamdulillah tiada penyingkiran malam ni. InsyaAllah all the best to all contestants for next week,” ujar seorang wargamaya.

Tampil memberikan penjelasan, Ketua Saluran Astro Ria, Prima dan Warna, Norzeha Mohd Salleh menyatakan keputusan tiada penyingkiran itu dibuat di saat-saat akhir.

“Dalam pertandingan realiti, kita tak boleh nak tetapkan. Keputusan tiada penyingkiran kita ambil baru sebentar tadi, di saat-saat akhir kita berbincang dan ambil keputusan untuk tiada penyingkiran pada malam ini.

“Kami buat tiada penyingkiran pada minggu ini sejujurnya ada beberapa sebab, satu kerana minggu depan kita ada artis undangan, rasa macam sayang sangat kalau kita buat penyingkiran. Jadi apa kata kita meriahkan, kita bagi peluang kepada 11 peserta ini untuk berduet dengan artis pilihan minggu depan.

“Nak kata minggu depan ada dua penyingkiran tu pun tak boleh nak rancang. Semuanya bergantung pada persembahan seseorang peserta itu juga,” ujarnya.

Noorzeha ditemui pada majlis sidang media konsert keempat GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Jelas Datuk Ramli MS selaku ketua juri pula, konsert minggu kelima minggu hadapan akan menyaksikan 22 penyanyi akan memberikan persembahan terbaik untuk mara ke peringkat yang seterusnya.

“Pada saya, minggu depan 11 bintang akan buat persembahan campur 11 artis undangan, kita akan ada 22 penyanyi, banyak! Kita belanja je,” jelasnya ringkas.

Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.

#Tiada Penyingkiran #Konsert 4 GV9 #Konsert GV9 #Pat Candy
;