Gegar Vaganza 9

Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Jingle Susu Pun Dah Layak Masuk AJL!

gempak
Amri Hassan
19/10/2022
23:25 MYT
Sponsor Banner
Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Jingle Susu Pun Dah Layak Masuk AJL!
Usahawan popular yang juga Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal atau lebih dikenali sebagai Boss Susu sedar akan komen-komen membina netizen terhadap pelantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai duta jenama susunya baru-baru ini.
BACA: Dua Tahun Boss Susu Pujuk Jadi Duta Farm Fresh, Berapa 'Mas Kahwin' Siti Nurhaliza?
Selain menjadi duta selama dua tahun, Siti juga menyanyikan lagu jingle susu Farm Fresh berjudul Semuanya Baik, yang mana turut menuai perhatian luar biasa dalam kalangan peminat.
"Saya ada baca di Twitter mengenai komen netizen, malah ada yang kata Siti nyanyi lagu jingle susu pun boleh masuk Anugerah Juara Lagu (AJL).
"Macam-macam usikan mereka, namun rata-ratanya positif terhadap pelantikan Siti sebagai duta kami.
"Ini kali pertama kami melantik selebriti sebagai duta. Selama ini, ‘duta tua’ ini yang ke depan," katanya.
Terdahulu, Siti membuat kejutan apabila muncul di konsert minggu kelima Gegar Vaganza 9 (GV9) untuk menyanyikan lagu tema produk susu Farm Fresh.
BACA: GV9: Konsert Kelima Penuh Kejutan! Siti Nurhaliza Buat Kemunculan Istimewa, Rupa-Rupa Jadi Duta Farm Fresh
Dalam pada itu, kata Azmi, dia tidak mengambil hati dengan usikan segelintir netizen terhadapnya di Twitter kerana sudah terbiasa.
"Sudah terbiasa… Dunia hiburan tidak sama dengan dunia korporat. Usikan dunia korporat lain, lebih berkisar fakta, jualan dan sebagainya.
"Ini kita pakai butang senget pun boleh jadi bahan cerita. Saya tak ambil hati pun. Kita kenalah sporting. Paling tidak, netizen akan bercerita sekejap sahaja, dua tiga hari cerita benda lain," katanya.
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live