All Stars Gegar Vaganza: Azharina Bakal Nyanyikan Lagu Kegemaran Ibu - “Saya Sebak Sebab Dia Datang Jauh, Dari Sabah…”
Mya Amri
10/12/2023 03:55 MYT
10/12/2023 03:55 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Azharina Azhar akui sebak sebaik sahaja menerima lagu untuk tugasan akhir di pentas final.
Menurut Azharina, dia tidak menyangka dirinya mendapat menyampaikan lagu kegemaran ibunya berjudul Kamelia nyanyian asal Datuk Ramli Sarip.
“Bila keluar sahaja lagu Kamelia, jujur saya cakap Ya Allah Ya Tuhan ku, besarnya kuasa Mu Ya Allah, terima kasih kerana ini adalah lagu kegemaran ibu saya.
“Mak dengan ayah saya memang peminat Ramli Sarip, saya juga membesar dengan lagu-lagunya dan seluruh keluarga saya juga minat dengan beliau.
“Bila lagu itu dimainkan sewaktu segmen Ada Lagu Ada Lagi di konsert separuh akhir, saya jadi sebak sebab ibu saya datang dari Sabah dan itu adalah lagu dia.
“Alhamdulillah syukur, kemudian dapat pula berduet dengan seorang lagenda iaitu Ramli Sarip, saya memang kehilangan kata-kata,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai persembahannya minggu lalu, Azharina berkata dia sememangnya berusaha habis habisan untuk memberikan yang terbaik demi peminatnya.
“Saya tidak akan mensia-siakan usaha peminat yang sentiasa menyokong. Saya tetap berikan yang terbaik walaupun rasa seperti mahu putus nyawa di atas pentas.
“Tapi saya buat juga sedaya upaya sebab ini adalah untuk mereka, bukan untuk saya sahaja. Ketika itu saya juga memandang anak anak dan ibu saya.
“Ibu saya datang cukup jauh dari Sabah hanya untuk melihat saya menyanyai dan dapat pula lagu Kamelia, saya memang tersentuh.
“Sebab itu lagu ibu saya dari kecil, ada lapan bintang tapi saya yang dapat lagu itu. Alhamdulillah dan insya-Allah ibu akan ada di final juga," ujarnya.
PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza: Angkut Semua 8 Bintang Ke Axiata Arena, Jaga-Jaga Finalis Ada Tiga...
Jangan lupa saksikan All Stars Gegar Vaganza 2023 live di YouTube Astro Gempak.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad depan dan dibawakan secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.