Gegar Vaganza All Star
All Stars Gegar Vaganza: Dapat Nombor 4, Liza Hanim Kata Jaclyn Victor Layak Juara: “Saya Percaya Rezeki…”
Pentas akhir All Stars Gegar Vaganza menutup tirai dengan Jaclyn Victor diumum sebagai juara dalam kalangan para bekas pemenang program realiti tersebut, malam tadi.
Pada saat ramai yang berasa kurang puas hati dengan keputusan Jaclyn menang dan membawa pulang RM210,000 hadiah kemenangan bersama trofi juga pakej percutian, salah seorang peserta yang namanya dipetik sebagai bakal juara, Liza Hanim tetap berlapang dada.
Meski terlepas gelaran juara, Liza Hanim yang diumum sebagai pemenang tempat keempat mengaku percaya kepada rezeki dan menyifatkan Jaclyn layak memenangi Gegar Vaganza musim ke-10 itu.
“Syukur Alhamdulillah, selesai sudah Gegar Vaganza. Walau apapun keputusan dan telah kakak terima, kakak meninggalkan pentas GV dengan sangat puas.
“Kakak percaya kepada rezeki. Semua sudah tertulis. Kakak berlapang dada.
“Tahniah buat Jacyln Victor. Anda layak dan persembahan anda memang menakjubkan,” kata Liza Hanim menerusi perkongsian video di Instagram miliknya.
Liza Hanim bertarung dengan tujuh peserta lain termasuk Jacyln, Tomok, Naqiu, Siti Nordiana, Hady Mirza dan Azharina untuk mendapatkan gelaran ‘juara di antara juara’.
Kesemua peserta perlu menyelesaikan tiga tugasan iaitu nyanyian solo, duet bersama artis undangan dan juga pusingan battle antara mereka.
Setiap persembahan dinilai oleh juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat manakala juri jemputan pula adalah ratu rock negara, Ella.
Konsert akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama Jihan Muse.
BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: The Best Of The Best! Juara Milik Jaclyn Victor, Bawa Pulang RM200,000
Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).Must-Watch Video