Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza (GV10): Markah Hady Mirza 79.25%, Jac 75.65%… Semak Markah Penuh Konsert 7!

Amri Hassan
06/11/2023 05:45 MYT
Bintang juara, Hady Mirza dinobat sebagai juara mingguan konsert ketujuh All Stars Gegar Vaganza pada Ahad

Menyanyikan lagu Romancinta (Mojo), Hady berjaya memukau juri hingga mendapat standing ovation dari Hetty Koes Endang.

Menerusi persembahan bertenaganya, Hady berjaya mengumpul markah keseluruhan sebanyak 79.25% diikuti Jaclyn Victor dengan 75.75%.

Manakala, Ezad Lazim gagal menambat hati juri dan menjadi bintang keenam tersingkir pada minggu ketujuh. Persembahan lagu Seksa (Ukays) hanya berjaya mengumpul 58%.

Jom semak markah penuh konsert ketujuh All Stars Gegar Vaganza 2023!

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Rumah Banjir, Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Ezad - “Saya Tumpang Truck Polis..

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza GV10: Ezad Lazim Tersingkir - “Saya Kena Balik Cepat, Rumah Banjir”

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Markah #Hady Mirza #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #GVX #Jacly Victor