Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza (GV10): Senarai Tugasan Konsert 9, Duet 2.0 Astroverse!

Amri Hassan
13/11/2023 06:42 MYT
Minggu kesembilan bakal menyaksikan pertarungan duet kali kedua antara semua 10 bintang yang masih bertanding dalam All Stars Gegar Vaganza.

Bertemakan Duet 2.0 Astroverse, semua bintang bakal berduet dengan bintang daripada rancangan realiti dari Astro.

Jom semak senarai tugasan lagu minggu kesembilan:

1. Jampi (Hael Husaini) duet Zaki Yamani - Aliff Aziz
2. Samar Bayangan (Nicky Astria) duet Hazama - Naqiu
3. Tak Mungkin Berpaling (Slam) duet Black - Tomok
4. Kamu Yang Kutunggu (Rossa) duet Shiha - Hady Mirza
5. All I Ask (Adele) duet Nadeera - Jaclyn Victor
6. Ku Tak Bisa (Slank) duet Putera Muhammad - Azharina
7. Teringin (Shima) duet Amelina - Siti Nordiana
8. Hati Kama (Siti Nurhaliza, Noraniza Idris) duet Noraniza Idris - Liza Hanim
9. Tegar (Rossa) duet Dia Fadilla - Noryn Aziz
10. Drama King (Meet Uncle Hussein) duet Ara Johari - Nikki Palikat

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Nikki Palikat Terselamat, Minggu ‘Funfair Tok Ram’ Tiada Penyingkiran!

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Lagu #Tugasan #Ada lagu ada lagi #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #GVX #Astroverse