Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza (GV10): Tugasan Konsert Ke-8, Funfair Tok Ram! - "Semua Lagu Terjun Bangunan!"

Amri Hassan
08/11/2023 06:55 MYT
All Stars Gegar Vaganza memang penuh dengan kejutan! Konsert kelapan bakal mencabar kredibiliti bintang yang bertanding menerusi tema lagu Funfair Tok Ram.

Lagu-lagu yang bintang bakal persembahkan merupakan seleksi lagu yang dipilih oleh juri tetap ASGV, Datuk Ramli MS yang luar daripada forte dan genre kebiasaan bintang.

"Lagu tak dipilih daripada wish list penyanyi, lagu ditentukan oleh saya (Ramli MS).

"Ia di luar forte dan genre. Memang kitorang main wayang dengan korang (peserta). Saya nak semua orang pelajari watak & penjiwaan lagu. Korang akan dapat lagu terjun bangunan!" jelas Ramli.

Jom semak tugasan bintang GV10 minggu ke lapan!

1. Hady Mirza - Gila Judi (Datuk M Daud Kilau)
2. Jaclyn Victor - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)
3. Liza Hanim - Ayam (Jalil Hamid)
4. Naqiu - Kuda Hitam (Hetty Koes Endang)
5. Siti Nordiana - Baby One More Time (Britney Spears)
6. Tomok - Apa Dah Jadi (Tan Sri SM Salim)
7. Azharina - Ya Maulai (Datuk Seri Siti Nurhaliza)
8. Noryn Aziz - Kerana Pengalaman (Zaleha Hamid)
9. Aliff Aziz - Cik Mek Molek (Datuk M Daud Kilau)
10. Nikki Palikat - Semakin Rindu Semakin Asyik (Amelina)

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Rumah Banjir, Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Ezad - “Saya Tumpang Truck Polis..

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza GV10: Ezad Lazim Tersingkir - “Saya Kena Balik Cepat, Rumah Banjir”

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.


#Konsert #Britney Spears #Tomok #Aliff Aziz #Noraniza Idris #Lagu #Liza Hanim #Jalil Hamid #M Daud Kilau #Tugasan #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #GVX #ASGV