Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza: "Jac Tak Try Hard Untuk Overshadow Sesiapa" - Syafinaz Selamat

Amri Hassan
11/12/2023 05:47 MYT
Juri tetap All Stars Gegar Vaganza, Datuk Syafinaz Selamat menyifatkan Jaclyn Victor menyampaikan lagu solonya paling baik.

Jelas Syafinaz, nyanyian lagu solo When You Believe yang pada asalnya dinyanyikan secara duet, telah disempurnakan oleh Jac secara 'flawless' biarpun solo.

"Adakah anda tahu persembahan terbesar pada segmen solo, dua persembahan seterusnya hanya markah tambahan.

"Kami yang dengar sangat clear, sebulat suara kami berikan kepada Jac.

"Kita tahu lagu itu sangat susah, asalnya dinyanyikan duet tapi menjadi solo dan ia sangat susah, superb! Flawlessly done.

"Nyanyiannya clean dan Jac fokus pada performance, tak ada try to hard to overshadow sesiapa," ujar Syafinaz usai finale All Stars Gegar Vaganza.

All Stars Gegar Vaganza menyaksikan juara GV9, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai pemenang utama yang memenangi hadiah wang tunai RM200,000 dan trofi emas GV.

Pakej Percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts dan Baucer Dekorasi Ruangan sumbangan Ritz Reka.

Dalam pada itu, terdapat anugerah tambahan iaitu Anugerah Pilihan Boss Susu diberikan kepada Naqiu dan pemenang membawa wang tunai berjumlah RM10,000 tajaan Farm Fresh.

Kesemua finalis akan membawa pulang wang tunai RM10,000, pekej percutian tajaan Kaki Jalan dan trofi Gegar Vaganza.

Kesemua peserta perlu menyelesaikan tiga tugasan iaitu nyanyian solo, duet bersama artis undangan dan juga pusingan battle antara mereka.

Setiap persembahan dinilai oleh juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat manakala juri jemputan pula adalah ratu rock negara, Ella.

Konsert akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama Jihan Muse.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: The Best Of The Best! Juara Milik Jaclyn Victor, Bawa Pulang RM200,000

Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).


#Viral #Jaclyn Victor #Syafinaz Selamat #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #ASGV