All Stars Gegar Vaganza: Jaclyn Victor Hilang Suara, Taip Di Handphone Untuk Berkomunikasi - "Saya Takkan Tarik Diri"
Maliah Surip
14/11/2023 11:45 MYT
14/11/2023 11:45 MYT
Penyanyi Jaclyn Victor yang sedang bertanding dalam All Stars Gegar Vaganza kehilangan suara sejak seminggu lalu selepas diserang penyakit Laryngitis.
Menurut pengurus penyanyi yang terkenal dengan lagu Gemilang itu , Zulaikha, Jac mula hilang suara pada Selasa lalu.
“Tapi malam tadi baru Jac kehilangan suara sepenuhnya,” ujar Zulaikha kepada media.
Jac ditemui Gempak di sebuah hotel di Kuala Lumpur secara tidak sengaja sewaktu hadir untuk rakaman slot Gegar Vaganza.
Namun dia tidak dapat memberi komitmen kerana tidak mempunyai suara.
“Suara tidak ada. Doktor nasihatkan saya untuk simpan suara. Tidak bercakap,” ujar Jac menerusi kenyataan yang ditaip pada telefon bimbitnya.
Meski demikian Jac tetap mahu meneruskan perjuangannya di Gegar Vaganza yang berbaki empat minggu lagi.
“Tunggu saja minggu ini. Tak tahu apa jadi. Saya tidak akan tarik diri. Terpaksa ambil suntikan,” katanya bersemangat.
Jac juga sempat menerima tips daripada penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza yang menasihatkan dia menemui doktor dan mengambil suntikan.
BERITA TRENDING: GV9: Menang RM100,000, Ini Yang Jaclyn Victor Rancang Dengan Anak-Anak!
Laryngitis penyakit berkaitan suara serak atau kehilangan keseluruhan suara kerana kerengsaan pada lipatan vokal (pita suara).Menurut pengurus penyanyi yang terkenal dengan lagu Gemilang itu , Zulaikha, Jac mula hilang suara pada Selasa lalu.