Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza: “Kalau Tak Faham Tanya, Saya Ajar Tak Perlu Bayar” - Hetty Koes Endang

Mya Amri
26/10/2023 04:15 MYT
Juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Hetty Koes Endang berharap setiap bintang yang menyertai program itu tidak malu untuk bertanyakan soalan kepadanya.

Menurut Hetty, dia tidak kisah untuk berkongsi ilmu untuk memastikan mereka dapat melakukan persembahan yang terbaik.

“Saya berikan kesempatan, kalau mereka tidak faham tanya saya. Saya akan ajar, tak perlu bayar. Saya sharing.

“Kita tak boleh hanya sekadar menyanyi, ini panggung besar. Ada arrangement, jadi mainkan! Gesture badan juga penting, jangan menyanyi kaku, suara sudah bagus, tapi tiada gerakan.

“Saya bersedia, saya suka sekali berkongsi ilmu. Ayuh saya ajarkan. Suara sudah bagus jadi usahakan sesuatu yang lain,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Hetty juga menegaskan tidak mudah untuk menjadi juri dan setiap persembahan mereka juga dinilai secara adil.

“Jadi juri itu tidak mudah, ada naluri tersendiri, jadi netizen boleh menjadi juri, peserta pun sudah pernah menjadi juri, kamu dengar di YouTube dan dengar bahagian mana yang kurang.

“Tapi juri yang ditunjukkan di ASGV adalah profesional. Kami juga menilai secara adil setimpal dengan persembahan yang ditunjukkan pada hari tersebut,” jelasnya.

BACA: All Stars Gegar Vaganza: Naqiu Berjaya Beri Impak, Tok Ram Kata - “Saya Bayangkan Arwah Saleem Menyanyi”

BACA: All Stars Gegar Vaganza: Ear Monitor Hampir Tertanggal Ketika Persembahan, Ayai Illusi Tersingkir

BACA: All Stars Gegar Vaganza: Ramai Persoal Kenapa Zamani Terselamat, Ini Jawapan Tok Ram

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Gegar Vaganza #Hetty Koes Endang #Juri Tetap #All Stars Gegar Vaganza #ASGV