Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza: Kenapa Zamani Tersingkir? Datuk Ramli MS Jelaskan…

Mya Amri
30/10/2023 03:50 MYT
Ketua juri All Stars Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS menyatakan terdapat beberapa kekurangan dalam persembahan Zamani di minggu keenam.

Menerusi pemerhatian, Ramli berkata Zamani seolah-olah mengalami kesukaran untuk menghabiskan sebutan mengikut tempo lagu yang dinyanyikan.

“Kedudukan yang paling lemah antara kedua belas bintang. Sudah banyak minggu saya perhatikan, saya rasa Zamani ada masalah nak habiskan sebutan.

“Bila dia bercakap, sebutan itu lambat nak habis. Sebagai contoh, dia nak sebut kau pergi jua tetapi dia lambat nak habiskan ayat itu.

“Jadi bila ayat lambat keluar, beat dekat depan lagu itu menunggu. Bila terlambat, nafas akan jadi kelam kabut.

“Bila tempo lagu itu cepat, maka akan jadi tidak selari dan selain itu terdapat juga kesalahan benda teknikal,” jelasnya.

Ramli berkata demikian ketika ditemui selepas konsert kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Ikuti video temu bual bersama Ramli MS di bawah:

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Terdahulu, Zamani menjadi bintang kelima tersingkir daripada pentas All Stars Gegar Vaganza.

Menyanyikan lagu Kau Pergi Jua, isu pernafasan, stamina dan tenaga antara menjadi punca penyanyi legenda itu tersingkir.

BACA: All Stars Gegar Vaganza: Zamani Tersingkir! - "Kalau Saya Ada Buat Apa-Apa Harap Halal Saja"

BACA: All Stars Gegar Vaganza: Semakin Tegas! Pernafasan, Stamina Dan Lagu Leman Antara Komen Hangat Juri

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Datuk Ramli MS #Tersingkir #Tok Ram #Zamani #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #ASGV