Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

All Stars Gegar Vaganza: “Saya Tak Pernah Dengar Aliff Menyanyi Dengan Banyak Kesalahan Seperti Ini” - Ramli MS

Mya Amri
27/11/2023 00:25 MYT
Ketua juri All Stars Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS memaklumkan terdapat banyak kesalahan dalam persembahan Aliff Aziz di minggu suku akhir yang menjadi antara faktor penyanyi itu tersingkir.

Menurut Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram, Aliff seolah-olah hilang fokus selain persembahannya juga kurang memuaskan.

“Saya rasa dia ada masalah. Saya tak pernah dengar dia menyanyi dengan begitu banyak kesalahan seperti ini.

“Dia seolah-olah hilang fokus, bahagian nyanyian dan juga feel itu sangat ketara. Anda kena faham bila dia dah ada kesalahan yang begitu, orang lain pula lebih menyerlah.

“Jadi dia tertinggal jauh, memang nampak. Kalau ada yang turun seperti Liza Hanim itu pun markahnya juga jauh berbeza,” jelasnya.

Ramli berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert suku akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Terlalu Banyak Error Antara Punca Aliff Aziz Gagal Mara Ke Separuh Akhir

Dalam pada itu, Ramli juga turut menjawab mengenai berbezaan antara Aliff dan Liza Hanim yang juga berada di kedudukan tiga terbawah.

Ramli berkata, walaupun persembahan Liza tidak mencapai penanda aras (KPI) yang diharapkan namun dia masih lagi memiliki kestabilan dari segi teknikal.

“Saya rasa dia memang tak sihat, tapi dalam pada tak sihat itu dia masih lagi ada kestabilan dari segi teknikalnya.

“Aras sebagai penyanyi itu masih ada. Bukan KPI dia tetapi aras itu stabil lagi. Dia kurang kesalahan, kurang flat dan dia masih berjaya menyampaikan persembahan dengan baik.

“Saya tahu dia kurang sihat tetapi itu bukan alasan. Dia gunakan pengalamannya sebagai penyanyi untuk terus memberikan hasil yang terbaik,” ujarnya.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Rehearsal Much Better, Kenapa Dengan Awak?” - Datuk Ramli MS Komen Aliff Aziz Banyak Error

Terdahulu, Maestro terkemuka tanah air itu telah memberikan komen mengenai persembahan Aliff di minggu ke-10 ASGV.

Ulas Ramli lagi, nyanyian Aliff serba tidak kena dan nyanyiannya pada sesi latihan lebih baik berbanding hari ini.

“Banyak error, banyak melodi yang tak sampai, sama juga dengan lagu Cindai, jadi melepet, banyak nafas, apa jadi dengan awak hari ini?

“Rasa macam banyak error, awak okay? Reherseal much much better. Okay Aliff thank you very much,” komennya.

Nasib juga tidak menyebelahi Aliff apabila namanya diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

Aliff yang telah menyampaikan dua buah lagu iaitu lagu Cindai dan Gambus Jodoh itu mendapat markah terendah iaitu sebanyak 55.75%.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Jangan lupa dapatkan tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza di Ticket2u.com.my sekarang.

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Datuk Ramli MS #Aliff Aziz #Tersingkir #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #ASGV
;