Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza: “Sebagai Penyanyi, Sumbang Diharamkan” - Ramli MS Komen Nikki Palikat Berdangdut, Syafinaz Tanya Baju Ketat Sangatkah?

Amri Hassan
12/11/2023 14:35 MYT
Juri tetap All Stars Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS menyifatkan seseorang penyanyi tidak boleh sumbang daripada segi melodi.

Komen itu dinyatakan ketika menjurikan persembahan lagu dangdut Semakin Rindu Semakin Asyik nyanyian Nikki Palikat pada konsert kelapan.

“Asas melodi, pitch it is compulsory. Sebagai penyanyi kamu tak boleh menyanyi sumbang.

“Mungkin boleh sumbang tapi not that obvious, tapi ini okey.

“Cuma saya nak bagitahu, asas penyanyi tak boleh sumbang. Hold the melodi, jiwa tak ada sebab ia satu tugasan untuk belajar.

“Untuk pertama kali, saya okey, tak ada complaint. Sebagai penyanyi, sumbang diharamkan!” ulas Ramli.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: "Liza Hanim Pencabar Terdekat Saya" - Nikki Palikat

Sementara itu, faktor busana Nikki yang dilihat terlampau ketat turut disuarakan oleh Datuk Syafinaz.

“Saya risau sebab kamu cuba jadi orang lain bila nyanyi lagu ini, kamu sepatutnya jadi diri sendiri cuma inject sedikit perbezaan dalam nyanyian.

“Bila saya tutup mata saya tak tahu Nikki yang nyanyi. Ia bukan sesuatu yang menarik dalam pertandingan ini.

“Seperkara lagi, saya tak pasti sama ada baju itu terlalu ketat atau apa? Juga menyebabkan nyanyian kamu, ini perkara yang perlu dititik beratkan. Bila baju ketat tak boleh nak expand (baju).

“Bila orang kata pakai korset lagi bagus, itu salah! Next time jangan ketat sangat,” jelas Syafinaz.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.


#Amelina #Komen #GV10 #ASGV #“Nikki #“Ramli #“Syafinaz #MS” #Palikat” #Selamat”