Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza: Senarai Lagu Tugasan Konsert Keempat Bertemakan Berdua Bersatu! Meriahnya Duet!

Amri Hassan
09/10/2023 11:23 MYT
Konsert ketiga menyaksikan Jaclyn Victor, Liza Hanim dan Naqiu mendahului kesemua 14 bintang yang bertanding.

Biarpun tiada penyingkiran, tekanan tidak terhenti apabila memasuki minggu keempat!

Bertemakan Berdua Bersatu, semua bintang yang masih bertanding bakal menyanyikan lagu-lagu duet dengan artis undangan.

Jom semak senarai lagu tugasan konsert keempat GV10:

1. Dialah Di Hati (Siti Nurhaliza) - Jaclyn Victor & Idayu

2. Madah Berhelah (Ziana Zain) - Liza Hanim & Ziana Zain

3. Aku Dan Dirimu (BCL & Ari Lasso) - Naqiu & Misha Omar

4. I'm Every Woman (Whitney Houston) - Noryn Aziz & Liza Aziz

5. If I Ain't Got You (Alicia Keys) - Aliff Aziz & Aisyah Aziz

6. Tak Tercapai Akalmu (Elyana) - Nikki Palikat & Wani Kayrie

7. Tentang Rahsia (Judika & Shila Amzah) - Hady Mirza & Marsha Milan

8. Ada Apa Dengan Cinta (Melly Goeslow) - Siti Nordiana & Amir Masdi

9. Menggegar Dunia (Stacy) - Tomok & Stacy

10. Untukmu Ibu (Exist) - Ezad Lazim & Mamat

11. Pupus (Dewa 19) - Azharina & Azmi Saat

12. Terlanjur Cinta (Rossa) - Datuk Aishah & Vince

13. Aku Penghibur (Jamal Abdilla) - Zamani & Jamal Abdillah

14. Raikan Cinta (M.Nasir) - Ayai Illusi & Datuk M.Nasir

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.


#Konsert #Misha Omar #Ziana Zain #Jamal Abdillah #Jaclyn Victor #Lagu #Wani Kayrie #Liza Hanim #Aisyah Aziz #M Nasir #Naqiu #Tugasan #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #GVX