Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza: Senarai Tugasan Konsert Ketujuh Bertemakan Kau Ilhamku

Amri Hassan
31/10/2023 06:53 MYT
Konsert keenam menyaksikan bintang hot seat All Stars Gegar Vaganza, Zamani meninggalkan pentas pertandingan pada edisi kesepuluh tahun ini.

Bagaimanapun, 11 bintang yang tinggal bakal meneruskan perjuangan pada minggu ketujuh dengan tugasan baharu lagu-lagu bertemakan 'Kau Ilhamku'.

Tema terbabit merujuk kepada rangkaian masterpiece gubahan ikon industri seni daripada pelbagai generasi.

Jom semak senarai lagu yang bakal dipersembahkan pada konsert ketujuh Ahad ini.

1. Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latif): Liza Hanim

2. Romancinta (Mojo): Hady Mirza

3. Sejati (Faizal Tahir): Azharina

4. Menghitung Hari (Francisca Peters): Jaclyn Victor

5. Idola (Azlan & The Typewriter): Naqiu

6. Farhana (Jinbara): Tomok

7. Selagi Ada.. Cinta (Ning Baizura): Nikki Palikat

8. Tiada Kepastian (Ziana Zain): Siti Nordiana

9. Seksa (UKays): Ezad Lazim

10. Gelombang (Salamiah Hassan): Noryn Aziz

11. Gerhana Cinta Luka (Iklim): Aliff Aziz

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Konsert #Salamiah Hassan #Ziana Zain #Fauziah Latif #Tugasan #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #GVX