All Stars Gegar Vaganza: Syafinaz Komen Zamani Kurang Tenaga, Tak Cukup Stamina
Amri Hassan
29/10/2023 13:58 MYT
29/10/2023 13:58 MYT
Juri All Stars Gegar Vaganza, Datuk Syafinaz Selamat menyifatkan persembahan Zamani kurang tenaga dan stamina.
Komen Syafinaz selepas Zamani menyelesaikan tugasannya menyanyikan lagu Kau Pergi Jua, Zamani seolah-olah bergelut dengan masalah pernafasan.
"Adakah awak okey? Sebab saya rasa ada sedikit kesukaran dalam nyanyian malam ini," soal Syafinaz.
Bagaimanapun, jawab Zamani; "Lagu ini perlu nafas panjang, saya perlu fokus."
Kemudiannya, ulas Syafinaz lagi, Zamani kedengaran sukar untuk kekalkan notasi terutama nada-nada tinggi dalam lagu berkenaan.
"Malam ni saya ada isu dengan pernafasan, kamu sukar sustain notasi dan nada-nada tinggi.
"Saya rasa lagu ini makanan you, mudah untuk nyanyi.
"Isu saya nampak di sini adalah stamina untuk habiskan lagu, macam tak cukup. Secara keseluruhannya, kamu perlukan lebih tenaga," ujarnya.
Zamani turut menegaskan dirinya tidak punyai sebarang masalah kesihatan untuk melunaskan tugasannya pada konsert keenam malam ini.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.