Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Awie Cabar Nabil Pinjam RM100 Dekat Tok Ram, Netizen Komen - “Amacam Haji, On Tak On?”

Mya Amri
07/10/2023 11:55 MYT
Selepas penyampai radio ERA, Radin berjaya menyahut cabaran Nabil untuk meminjam wang berjumlah RM100 daripada Datuk Awie, kini tibalah giliran tuan punya badan pula.

Awie menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagram ERA menyatakan untuk memberikan keadilan pada Radin, dia mencabar Nabil untuk meminjam wang daripada Datuk Ramli MS dengan jumlah yang sama.

Namun perbezaannya adalah, Nabil perlu meminjam wang tersebut di pentas All Stars Gegar Vaganza ketika program itu bersiaran secara langsung pada Ahad ini.

“Nabil kena minta, kena pinjam juga dengan siapa siapa. Okay dia sekarang Gegar Vaganza, suruh dia pergi minta, pinjam secara live dalam Gegar Vaganza, baru adil.

“Buktikan Nabil, awak kena pinjam dengan Tok Ram secara live dalam Gegar Vaganza, pinjam seratus Nur Nilam Sari, tak pasal pasal aku terbabit dalam hal ni,” ujar Awie sambil ketawa.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)


Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen tidak sabar untuk melihat gelagat Nabil bersama Tok Ram semasa situasi itu berlaku kelak.

Antara komen yang diterima:

“Nabil jenuh nak dapat sebab Tol Ram kot, live pula tu mesti Tok Ram nak buat drama hahaha,”

“Amacam haji, benda dah naik, nama dah kena seru, on tak on,”

“Habislah abang Nabil, Datuk Awie dah tahu kelemahan, dah lah abang selalu kena marah dan tegur dengan Tok Ram atas stage, inikan pula nak minta RM100 hahaha,”


Terdahulu, lagu Nurnilam Sari menjadi tular apabila lirik lagunya ditukar kepada Pinjam 100 sehingga mendapat perhatian Awie sendiri.

#Viral #Nabil Ahmad #Datuk Ramli MS #Datuk Awie #Penyampai Era #Tular #Tok Ram #Era #Pinjam #100 #Cabar #Lirik Lagu #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #Nur Nilam Sari
;