Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dikutuk Hidung Kembang, Kulit Wajah Berlubang, Liza Hanim; "Yer, Akak Sedar... Orang Tak Cantik Tak Boleh Menang Apa-Apa Ker?"

Amri Hassan
25/09/2023 06:25 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza, Liza Hanim tampil memberikan respon terhadap komen seorang pengguna media sosial yang mengutuk fizikalnya.

Jelas Liza, dia bersyukur dengan kurniaan Allah namun pada masa sama mempersoalkan standard kecantikan untuk seseorang individu itu memenangi sebarang pertandingan di Malaysia.

"Bukan sentap, bukan. Tetapi i need to address this.

"Kenapa orang tak cantik memang tak boleh menang apa-apa ker di Malaysia or international? Orang yang tak putih hidung tak mancung memang tak boleh ker berjaya di Malaysia ni?

"Yer betul akak sedar and akak sangat bersyukur dengan apa yang ALLAH SWT telah kurniakan pada akak.. As long as im happy with my family akak tak kisahlah semua cantik buruk ke akak ni bagi standard manusia.

"Allah kurniakan bakat untuk akak boleh menyanyi tapi akak tak ada rupa paras yang mana semua mahukan putih cantik gebu mancung semua tu tapi akak tetap bersyukur," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.



Lebih mengecewakan Liza apabila individu berkenaan berkali-kali menulis komen seumpama itu di beberapa platform media sosial berbeza.

"Tergamak nak bagi comment macam ni, berkali kali pulak tu, why? Motif?

"Kekadang bahasa kata tu lagi penting dari rupa paras tau.. akak tak goyang dengan cacian kutukan kritikan sesiapa tapi budaya sekarang agak melampau.. kekadang akak tertanya juga rupa orang yang tulis ni macam manalah agaknya???

"Its my 26th year in this industry pelbagai dah yang akak lalui dan hadapi so benda kutukan secara halus mu ni tak goyangkan akak dik tapi aku sedih, you are inconsiderate, insensitive.

"Posting ni untuk semua yang pernah kena kutukan macam akak untuk kita bangkit stay strong and do what ever that makes us happy for ourself and our family and we continously bersyukur kepada ALLAH SWT atas segala kurnianya," tulisnya bersama hashtag #akutakcantiktapiakubahagia.

Liza tersenarai antara enam bintang hot seat All Stars Gegar Vaganza bersama Zamani, Ezad Lazim, Suki Low, Nikki Palikat dan Tomok.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
#Penyanyi #Viral #Netizen #Liza Hanim #GV #Kutuk #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #GVX #Hidung Kembang