,
Gegar Vaganza All Star

GV10: “I Didn’t Do Well At All…” - Aishah

Mya Amri
26/09/2023
01:55 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza, Datuk Aishah mengakui tidak berpuas hati dengan persembahannya di konsert minggu pertama yang berlangsung pada Ahad.
Aishah menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berkata terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti supaya dia tidak melakukan kesilapan sama untuk konsert kedua minggu hadapan.
“Week 1 done and I didn't do well at all...I won't make excuses.
“Ada beberapa perkara yang saya kena teliti, saya ini bukannya orang yang teknikal jadi kena rujuk kepada yang lebih arif.
“Mana tahu boleh memperbaiki persembahan saya. Kena tingkatkan usaha itu saja yang saya boleh buat,” katanya.
Pada malam tersebut, Aishah menyampaikan lagu berjudul Gemilang nyanyian adal juara GV9 iaitu Jaclyn Victor.
Bagaimanapun untuk persembahan minggu pertama, Aishah menduduki tangga ke 15 iaitu kedua terakhir dengan peratusan markah sebanyak 51.25%.
BACA: GV10: Persembahan Naqiu Jadi KPI! Liza Hanim Dapat Hot Seat Terus Kedua Tertinggi, Jom Semak Markah Markah Penuh
All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
Enam lagi nama yang dipilih adalah menerusi hot seat iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Aishah Sifatkan Jay Jay Disenangi Ramai – “Setiap Kali Kami Jumpa, Arwah Akan Cakap ‘Hi Sedara’…”

gempak
05/08/2024
04:55 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menyifatkan Allahyarham penyanyi legenda Jay Jay adalah seorang yang disenangi ramai.
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.