Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

GV10 Trending! Rambut Silinder Syafinaz, Cliff Umar Mandi Peluh, Momen Sebak Jihan & Kak Lina

Amri Hassan
26/09/2023 12:54 MYT
Konsert pertama All Stars Gegar Vaganza menyaksikan Naqiu mendahului carta kesemua 16 bintang yang bertanding tahun ini.

Memperkenalkan 10 barisan bintang juara dan 6 lagi bintang hot seat, ternyata ASGV bikin penonton tak senang duduk.

Seperti ramalan ramai, konsert pertama GV pastinya tiada penyingkiran!

Jom kami kongsikan semula momen-momen lucu dan menarik sepanjang konsert pertama ASGV yang disiarkan secara langsungd dari Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad lalu.

1. Nadeera & Khai Bahar tampil menyanyikan lagu-lagu pengenalan bintang All Stars Gegar Vaganza. Kalau nak tahu, lagu-lagu terbabit merupakan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan setiap bintang ketika musim kemenangan mereka.

A post shared by Official _Nadeera (@official_nadeera)


2. Jihan Muse nangis sebak ketika sesi pengenalan hos. Ketika commercial break, Jihan akui dirinya sebak dan gagal mengawal emosi.

3. Selain Jihan, ASGV kembali hangat dengan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein. Tiga hos kebabom meletup!



4. "Itu bukan stokin itu ankle gut, saya main surf board," Tok Ram sempat jawab fasal stokin renda yang viral dalam video yang dimuat naik isterinya, Datin Alyah minggu lalu.

5. Tinggi betul sanggul silinder Tok Naz! "Saya ingat leher dah pindah atas!" sakat Nabil Ahmad.

A post shared by Syafinaz Selamat (@datuksyafinazofficial)


6. Nabil Ahmad pun sempat menyakat juara GV1, Ayai Illusi bawa tong oksigen ke pentas. Sambil tuju pada bahagian perut.

7. Sejak dari GV3 lagi Azharina sinonim dengan signatur mikrofon bling-bling. Sama juga musim kali ini, Azharina bawa balik konsep sama sampaikan Elly Mazlein sempat samakan mikrofon dengan trofi. Luculah!



8. Selain Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom, lagu Langkah Seiringan turut dinyanyikan Zamani dan impromptu Kak Lina bersama Ezad Lazim. Puas?

9. Melihatkan pakaian yang digayakan Jihan, fabrik PVC penuh bahagian dalamnya nampak panas ya! Tak lepas Jihan dengan kipas tangan.

10. Hetty Koes Endang yang duduk di kerusi juri beberapa kali mengejutkan audiens apabila menjerit dalam nada tinggi ketika bersorak memberikan komen. Kus semangat!

11. Kak Lina turut sebak ketika sesi memperkenalkan Zamani sebagai salah seorang bintang hot seat All Stars GV.

12. Cliff Umar berpeluh sakan selepas habis menyanyikan lagu Sayang Sayang (Aliff Aziz), nasib tak menyebelahinya apabila berada di kedudukan tercorot pada konsert pertama ASGV.




All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).

Enam lagi nama yang dipilih adalah menerusi hot seat iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
#Elly Mazlein #Viral #Nabil Ahmad #Jihan Muse #Netizen #Syafinaz Selamat #GV #Lucu #Corat Coret #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #GVX