Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hot Seat All Stars GV, Zamani Dominasi Undian Peminat! - "Saya Gembira Masih Ada Peminat"

Amri Hassan
25/09/2023 07:50 MYT
Bintang hot seat All Stars Gegar Vaganza, Zamani Slam terharu dengan undian tertinggi yang diraih untuk bertanding dalam rancangan realiti hiburan popular itu tahun ini.

Zamani mendominasi undian untuk carta hot seat dengan peratusan 11.11% berbanding Nikki Palikat (10.43%), Liza Hanim (10.25%), Suki Low (9.41%), Tomok (6.05%) dan Ezad Lazim (4.48%).

"Saya rasa gembira sebab peminat itu masih ada, masa nak keluar pun berdebar-debar juga. Saya takutkan kemampuan saya berdepan dengan 15 bintang lain, selain itu masa pun tak cukup, begitu juga penerimaan orang. Apabila dapat sorakan sebegitu, saya bersyukur masih ada yang menyokong saya.

"Namun, saya tak boleh menjanjikan apa-apa, sebagai membalas balik usaha dan undian peminat saya sertai juga GV10 walau pada mulanya saya berbelah bahagi juga nak masuk atau tak nak masuk.

"Apabila menilai balik dan harapan peminat yang sudah mengundi, saya masuk ini atas tiket mereka. Jadi saya harap dapat buat yang terbaik," katanya kepada Gempak.

All Stars Gegar Vaganza tampil dengan kejutan apabila mengumumkan bukan lima sebaliknya enam hot seat diperkenalkan tahun ini untuk berentap bersama 10 bintang juara GV selama sembilan musim lain.



BACA: GV10: Jaga-Jaga Juara, Bukan 5 Tapi 6 Peserta Hot Seat Ini Memang Fighter​

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Zamani #Liza Hanim #GV #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #Hot Seat #GVX #Nikka Palikat