Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Isu Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Dah Tutup Buku - “Segala Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah”

Mya Amri
12/12/2023 02:55 MYT
Penyanyi, Datin Alyah berharap selepas ini isu panas berkenaan lagu Kisah Hati tidak lagi dipanjangkan.

Alyah menerusi hantaran terbaharu di ruangan Insta Story miliknya menyatakan dia mahu menutup buku lama dan berharap orang ramai menghormati keputusannya.

“Saya dah tutup buku hal Kisah Hati ini. Jadi sesiapa yang DM saya kalau saya tak repost harap memahami ya,” maklumnya

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)


BERITA TRENDING: Hetty Komen Nyanyian Kisah Hati Nana Lebih Bagus Daripada Alyah, Netizen Tak Setuju! - "Tak Perlu Downgrade"


Menerusi hantaran yang sama, Alyah juga menganggap segala perkara yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

“Bukan tak hargai sokongan kamu tapi segala yang berlaku pasti ada hikmah dan saya benar benar dah tutup kes ni.

“Terima kasih banyak banyak korang. Mohon support Cinta Sahabiyah ya,” coretnya.


BERITA TRENDING: Siti Nordiana Mohon Maaf Jika Ada Kekurangan Dalam Nyanyian, Datin Alyah Respon - “Kita Tak Pernah Salahkan Awak”


Terdahulu, peminat meluahkan rasa kurang senang dengan komen juri tetap All Stars Gegar Vaganza iaitu Hetty Koes Endang yang menganggap nyanyian Siti Nordiana lebih baik berbanding Alyah.

Hetty juga menyifatkan nyanyian Nana ada peningkatan dan bagus daripada segi vokal.

Meninjau di media sosial, beberapa pengguna menyifatkan komen terbabit tidak seharusnya diberikan dan dibandingkan dengan penyanyi asal.

Susulan komen tersebut, ramai mula berkongsi kembali video nyanyian Alyah pada acara Anugerah Juara Lagu ke-26 dan menyuarakan ia jauh lebih baik.

#Siti Nordiana #Lagu #Datin Alyah #Hetty Koes Endang #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #ASGV #Kisah Hati