Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nama Disebut-Sebut Hot Seat GV10, Liza Hanim - “Kalau Saya Terpilih, Bring It On!”

Mya Amri
10/09/2023 08:55 MYT
Penyanyi, Liza Hanim tidak akan menolak jika namanya terpilih untuk mendapatkan tempat di kerusi panas (hot seat) All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Menurut Liza, dia menganggap perkara itu sebagai rezeki dan akan memberikan yang terbaik sepanjang penyertaannya dalam GV10.

“Kalau rezeki saya bring it on. Semoga saya sihat sepanjang GV10 dan saya mahu diri saya enjoy ketika membuat persembahan di atas pentas setiap minggu.

“Jika terpilih saya akan berikan yang terbaik, itulah yang saya selalu buat. Bila kita berusaha sehabis baik sudah pasti akan ada pulangannya,” katanya ketika ditemui Gempak.

Liza berkata demikian ketika majlis Gegar Vaganza Jamming With The Stars yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Liza juga menyatakan rasa terharu atas sokongan orang ramai yang turut mengundinya bagi mendapatkan tempat di hot seat.

“Saya pun tak sangka menjadi ekspetasi dan harapan orang… Tapi apa yang saya boleh katakan rasa sangat terharu sebenarnya.

“Walaupun sebelum ini sepanjang kemunculan saya di GV ada yang cakap begitu begini, tetapi bila ada hot seat mereka sebut juga nama saya. Saya sayang anda semua,” katanya.

BACA: “Kita Ada Ramai Penyanyi Suara Sedap Tapi…” - Ziana Zain Harap Liza Hanim Dapat Hot Seats GV10

BACA: Ini Senarai Calon Hot Seat All Stars Gegar Vaganza! Korang Nak Siapa Masuk?



Terdahulu, nama Liza merupakan antara yang disebut sebut netizen sebagai penerima hot seat GV10 yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

#Gegar Vaganza #Liza Hanim #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #Hot Seat
;