Gegar Vaganza All Star

“Usia Begini Malas Nak Bising Tapi Tak Boleh Bagi Muka” - Aishah Ada Prinsip, Tetap Lantang Di Media Sosial

gempak
Mya Amri
16/10/2023
02:22 MYT
Sponsor Banner
“Usia Begini Malas Nak Bising Tapi Tak Boleh Bagi Muka”  - Aishah Ada Prinsip, Tetap Lantang Di Media Sosial
Bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Datuk Aishah merupakan antara selebiriti yang dilihat lantang bersuara di media sosial.
Bagaimanapun kata Aishah dia tidak mengambil peduli tentang komen negatif yang dilemparkan kepadanya hanya disebabkan kecenderungan untuk meluahkan suara dan pendapat di media sosial.
“Saya tak tahu nak kata bagaimana, rasanya saya memang selalu lantang. Ramai orang salah dan menganggap lantang itu sebagai sombong.
“Tetapi anda lupa, menjadi lantang itu maknanya kita ada prinsip. Sebenarnya pada usia usia begini saya pun malas nak bising bising.
“Namun ada sesuatu yang disebabkan oleh prinsip saya, saya rasa tak boleh bagi muka. Jadi saya tetap akan memperkatakan sesuatu.
“Walaupun berkemungkinan ada orang akan menghentam saya, saya tidak takut untuk menjadi satu-satunya orang yang berkata tidak.
“Hanya kerana semua orang melakukannya, tidak bermakna ia betul. Jika anda merasakan apa yang anda lakukan itu betul jadi pertahankannya. Saya tak kisah,” jelasnya.
Aishah berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai konsert All Stars Gegar Vaganza minggu keempat bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Ditanya sama ada perkara negatif yang dilemparkan kepadanya memberikan impak pada persembahan pada minggu ini sehingga menjadi bintang yang tersingkir, Aishah dengan tegas menafikan perkara tersebut.
“Tak adalah, kadang-kadang saya layan mereka yang memberikan komen sebab saya rasa macam anak-anak saya.
“Namun ada yang agak kurang ajar bahasanya, berani cakap dengan orang macam itu. Pada saya, rasa amat malang sekali apabila kita punya orang sudah jadi sebegini.
“Kalaulah kita boleh balik pada zaman tak ada media sosial, hidup tenang. Hantar sahaja surat pada saya macam zaman dulu-dulu.
“Saya datang pada era terdahulu dan kadang-kadang bila fikirkan balik, berasa di sini pada tahun ini juga merupakan satu rahmat,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Aishah juga berkata dia tidak dapat menghalang golongan pembenci (haters) untuk memberikan komen dan segalanya terletak pada diri masing-masing.
“Pada saya, di usia saya yang sekarang ini anda janganlah ambil sesuatu benda itu terlalu serius. Rasanya sudah 38 tahun berada dalam industri ini, saya tidak perlu untuk buktikan apa-apa.
“Apa yang saya belajar daripada media sosial media adalah kalau dia haters, dia haters. Buatlah macam mana pun dia tetap benci.
“Jika mereka adalah peminat maka mereka akan setia bersama anda. Tak mengapalah kalau saya ada 10 orang sahaja yang minat, saya akan menyanyi dekat yang 10 itu.
“Kadang-kadang kita perhatikan sahaja pergolakan apa yang terjadi, masing masing ada akal fikiran,” ujarnya.
Terdahulu, netizen melabelkan Aishah sebagai artis ‘banyak bunyi’ kerana ada sahaja yang hendak dikritik atau ulas kerana tidak berpuas hati.
BACA: All Stars Gegar Vaganza: Aishah Tersingkir - “Ramai Doa Nak Tengok Saya Keluar Termakbul”
BACA: All Stars Gegar Vaganza: Beza Markah Sikit Sahaja, Liza Hanim Hampir Rampas Kedudukan Pertama!
Minggu keempat GV10 menyaksikan Aishah yang menyampaikan lagu Terlanjur Cinta duet bersama Vince menjadi bintang ketiga yang tersingkir.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live