Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Amy Search Sebak Punya Graduan Anak Autisme Dari Pesantren Al Bayan miliknya

Gempak ID
18/01/2019 05:52 MYT
Sebagai vokalis legenda Search, Amy Search tidak hanya mencetak fenomena dalam ranah musik Malaysia dan Indonesia.

Beliau juga punya banyak hal lain yang boleh dibanggakannya di luar dunia hiburan yang dijalaninya.

Salah satu yang disifatkan Amy sebagai saham akhiratnya adalah membangunkan sebuah pesantren dengan nama Al-Bayan School of Quran & Hadith.

Kepada Gempak.id, Amy mengungkapkan kalo hatinya berbunga senang dan bangga karena seorang anak pondoknya yang merupakan anak istimewa telah selamat graduasi.

Anak itu, Iqbal Hakim Mohd. Isa merupakan seorang autisme yang menjadi graduan dengan berjaya menghafaz 30 juzu Al Quran pada pukul 7 pagi Rabu (16 Januari 2019). Dia juga malah merupakan pelajar pertama yang berjaya menamatkan hafazannya from zero to huffaz.


(Iqbal merupakan anak dengan ASD yang merupakan pelajar pertama yang berjaya menamatkan hafazannya from zero to huffaz.)

“Selepas tiga tahun satu bulan mengikuti pengajian, Iqbal khatam 30 juzu Al Quran dan menjalani satu tahun pengajian Nazirah ( Asas Tajwid dn Bacaan ).

“Alhamdulillah, saya sangat berbangga dan sebak dengan pencapaian serta selamat graduasinya Iqbal. Sebagai seorang anak yang punya ASD (Autism Spectrum Disorder), pencapaian yang ditunjukkan sangat luar biasa.

“Beliau adalah anak istimewa, namun mampu menghafal KalamuLLAh Atas Izin Allah SWT.
Tiada yang mustahil andai dipilih oleh Allah SWT.

“Saya juga terharu karena Iqbal berjaya menyesuaikan dirinya untuk belajar di Al-Bayan School of Quran & Hadith,” katanya pada Jumaat (18/1/2019).

Imbuh pelantun lagu Fantasia Bulan Madu itu, Iqbal turut menjadikan Al Quran sebagai terapi untuknya yang masih tidak mampu berbicara walau sudah berusia 10 tahun.

Kedua ibu bapanya, Mohd. Isa dan Azleeda Bakar lantas nekad memasukkan Iqbal ke pesantren tersebut, meninggalkannya kepada Ustaz Bilal yang dipercayai mampu membantu anak mereka.

Biar ASD dan takut pada bunyi bising, nggak gemar memakai kaos berkolar dan suka berteriak, Iqbal menetap di asrama.

“Dan dia telah menjalani kehidupannya dengan baik di Al Bayan bersama rakan rakan lain,” kata Amy lagi.


Pria asal Johor Bahru itu membangun Al-Bayan School of Quran & Hadith pada tahun 2015 bersama seorang ustaz, Mohd. Bilal Mohd. Sujak.

Sejak dibuka, pesantren yang punya lebih 40 pelajar tahfiz itu mengikuti pengajian menghafaz al-Quran dan beberapa subjek akademik.

Instagram: Amy Search
Facebook: Al-Bayan School of Quran & Hadith

Oleh: Maliah Surip
#Amy Search #. #Autisme #Al-Bayan School of Quran & Hadith
;