,
Hollywood

Brad Pitt Temui Cinta Baru Bersama Charlize Theron

Gempak ID
21/01/2019
01:06 MYT
Brad Pitt bercinta dengan Charlize Theron! Berita itu pantas menyita perhatian peminat hiburan internasional sebaik ia dipecahkan oleh The Sun.
Kedua-dua bintang tenar itu didakwa sudah mula berkencan sejak Hari Natal tahun lalu. Menariknya, hubungan asmara mereka terjalin selepas mereka diperkenalkan oleh mantan Theron, Sean Penn.
Jika perkhabaran cinta mereka ini benar, ia akan menjadi asmara pertama buat aktor tersebut selepas berpisah dengan Angelina Jolie pada tahun 2016.
Theron sendiri sempat membatalkan perkahwinannya dengan Sean Penn pada tahun 2015.
Hubungan Pitt, 55, dan Theron, 43, dikatakan bermula sebagai teman sebelum perasaan cinta pun mekar.
“Ironinya mereka dipertemukan oleh Sean Penn dan menjadi teman terlebih dahulu. Kemudian, perasaan cinta pun hadir,” ujar satu sumber.
Theron dikatakan telah datang ke kediaman Pitt di Loz Feliz, Los Angeles. Dia namun belum lagi bertemu dengan enam anak Pitt.
Minggu lalu, mereka dilihat keluar bersama selepas usai pekerjaan masing masing.
Pitt pergi menonton If Beale Street Could Talk yang menyaksikan dirinya sebagai Eksekutif Produser di Hollywood Hills. Theron pula hadir ke Roma in LA’s Chateau Marmont sebagai tetamu undangan.
Sumber memberitahu: “Pitt datang ke Chateau dan menemani Theron sambil menikmati malam mereka di sebuah bar.”
Apa yang menarik tentang Pitt dan Theron adalah kedua duanya punya profil yang cukup besar dalam dunia perfilman Hollywood.
Mereka juga pernah menjalin hubungan dengan pasangan yang tidak kalah hebat.
Pitt misalnya, sebelum berkahwin dengan Jolie pernah bercinta dengan penyanyi Sinitta, punya hubungan dengan aktris Gwyneth Paltrow malah melalui jalan asmara yang panjang bersama Jennifer Aniston.
(Mantan Charlize Theron, Sean Penn telah memperkenalkan dia dengan Brad Pitt)
Theron yang punya dua anak angkat pun tak tanggung hebat. Antara pria yang pernah hadir dalam hidupnyanya termasuklah Keanu Reeves, Ryan Reynolds dan bintang True Blood’s, Alexander Skarsgard serta Sean Penn.
Sehingga pemberitaan ini tersebar dan telah menerima beragam respons, pihak representatif mereka belum memberi sebarang konfirmasi.
(Foto atas: Gwyneth Paltrow dan Jennifer Aniston sementara foto bawah ialah Keanu Reeves dan Ryan Reynolds)
Sumber: The Sun Foto: Billboard, Pagesix, People, Hello Magazine, SelebMafia, Flash9ja
Oleh: Maliah Surip
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

'Kebetulan Saja Duduk Bersebelahan, Takkan Bercinta Pula?' - Amelia Henderson

gempak
11/09/2024
09:10 MYT
Pelakon, Amelia Henderson menjelaskan hubungannya dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid hanya sekadar kawan.
Hiburan

Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

gempak
10/09/2024
00:55 MYT
Bagi penyanyi, Aina Abdul belum tiba masa buatnya untuk memikirkan soal cinta sekarang.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Hollywood

Kecoh ‘Putus’, Asmara Vokalis Coldplay Chris Martin - Dakota Johnson Masih Membara

gempak
21/08/2024
11:50 MYT
Kecoh minggu lalu apabila hubungan cinta antara vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson dilaporkan berakhir.
Hiburan

“Saya & Mimi Mahu Fokus Karier Masing-Masing Dahulu Sebelum Melangkah Ke Arah Seterusnya” - Syafiq Kyle

gempak
15/08/2024
08:25 MYT
Pelakon Syafiq Kyle berkongsi perkembangan terkini mengenai hubungannya  bersama aktres Mimi Lana.