Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lashana Lynch Bukan James Bond Wanita Pertama, Daniel Craig Masih Dikekalkan?

Asraf Aided
16/07/2019 04:33 MYT
Bintang Captain Marvel, Lashana Lynch bakal membintangi filem James Bond terbaru tidak lama lagi.

Sejak kebelakangan ini, ada beberapa khabar angin mengatakan Lashana bakal memegang watak utama sebagai James Bond menggantikan Daniel Craig, lantas menjadikannya pelakon wanita pertama bergelar James Bond.

Namun begitu, memetik laporan Vox, Lashana hanya akan memegang watak sebagai Nomi dan Daniel Craig masih dikekalkan sebagai 'Mr. Bond' dalam filem terbabit.

"Penglibatan Lashana dalam James Bond terbaru tidak bermaksud dia akan menggantikan watak James Bond yang selama ini dipegang oleh pelakon lelaki.

"Lashana akan terlibat dengan ejen 007, namun dia bukan 'hero' kerana ia masih dipegang oleh Daniel Craig,"
tulis sumber.

Namun begitu, setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat dari pihak produksi mahupun pelakon filem terbabit.

Imbas kembali, Daniel Craig mula membintangi filem James Bond bermula tahun 2006 menerusi Casino Royale, kemudian disusuli Quantum of Solace (2008), Skyfall (2012) dan Spectre (2015).

Sumber : www.vox.com
#James Bond #Daniel Craig #Lashana Lynch
;