MAJLIS SIDANG MEDIA GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
Gempak Most Wanted Awards 2024

#GMWA24: Capikkkkkk, Che Sayang Kitchen, Hazwan Ramli, Khairul Aming & Syiqin Azrin Calon ‘Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024’

Mya Amri 15/01/2025 | 09:25 MYT
Lima barisan personaliti media sosial yang terkenal dalam dunia masakan iaitu Capikkkkkk, Che Sayang Kitchen, Hazwan Ramli, Khairul Aming & Syiqin Azrin bersaing untuk gelaran ‘Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024’ Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24).
Finalis top 5 untuk kategori itu diumumkan menerusi sidang media Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA2024) yang diadakan di DADI Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.
Masih mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.
Meneruskan tradisi meraikan pencapaian individu yang mencetuskan fenomena di media sosial, GMWA 2024 juga menampilkan lagu tema baharu bertajuk ‘Gempak Most Wanted’, hasil nyanyian duet penyanyi terkenal Hael Husaini dan Nadeera Zaini.
GMWA 2024 turut mencatat sejarah baharu menerusi undian fasa pertama, yang berlangsung dari 28 November hingga 28 Disember 2024.
Jumlah undian merekodkan pencapaian luar biasa sebanyak 9.5 juta, iaitu lapan kali lebih tinggi berbanding edisi sebelumnya iaitu1.3 juta undian.
GMWA 2024 bakal menyinari pentas dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya menerusi pelbagai medium.
Tema ini menjadi platform untuk meraikan nilai dan keistimewaan setiap ciptaan, memupuk rasa bangga secara positif, serta menginspirasi keberanian berkongsi karya di pentas dunia tanpa batasan.
Malam anugerah berprestij ini akan dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.
Bakal membuat kejutan adalah persembahan seorang diva terkemuka, sebuah band popular dan bintang dari seberang.
Undian fasa kedua, atau pemenang utama bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 15 Januari 2025, jam 6 petang sehingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari.
Mengekalkan format yang sama, pemenang setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah GMWA 2024 kelak.
GMWA 2024 bakal berlangsung secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari Auditorium MBSA, Shah Alam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Pakej Astro One kini tersedia dari RM49.99. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pakej Entertainment hanya dengan RM139.99/bulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.
#Hazwan #Khairul Aming #Gempak Most Wanted #foodie #Gempak Most Wanted Awards #Che Sayang Kitchen #GMWA24 #Capikkkkkk #Ramli #Syiqin Azrin
;