#GMWA24: Hanya Bebel Dalam Kereta, Tun Laila Tak Sangka Lolos Ke Top 5
Pempengaruh sosial media, Tun Laila meluahkan rasa tidak percaya apabila berjaya meloloskan diri masuk ke Top 5 Content Creator (Motivation & Education) bagi Gempak Most Wanted Awards 2024.
“Bila dapat tahu saya berjaya tercalon dalam top 5 saya sangat terharu sebab saya memang tidak menjangkakan itu.
“Saya rasa ia adalah satu rezeki untuk saya tercalon sebab saya hanya membebel dalam kereta tahu-tahu nama naik, alhamdulillah,” kata Tun Laila kepada Gempak.
Bagi Tun Laila sekiranya dia tidak menang untuk kategori tersebut dia tidak akan merasa terkilan dan tetap akan meneruskan perkongsian di media sosial buat warganet menambah ilmu.
Undian fasa kedua, atau pemenang utama bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 15 Januari 2025, jam 6 petang sehingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari.