Gempak Most Wanted Awards 2024
#GMWA24: Sedia Terima Tawaran Lakonan, Pija Mahu Bawa Watak Antagonis - “Kalau Diberi Peluang Bawa Watak Penyondol Itu…”
Pempengaruh, Pija tidak menolak untuk menerima sebarang tawaran lakonan mahupun pengacaraan sekiranya dia diberikan peluang.
Jelas Pija atau nama lengkapnya Nurul Hafizah untuk tahun 2025 dia bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam hidupnya.
“Saya terbuka sahaja, lagipun untuk tahun 2025 ini saya nak jadikan azam saya untuk mencuba benda baru sebanyak mana yang mungkin.
“Jadi kalau ada peluang baharu yang orang nak berikan saya akan terima dengan hati yang terbuka.
“Saya nak buat semua kalau boleh, berlakon boleh hosting pun okay semua saya minat,” katanya ketika ditemui Gempak.
Popular dengan audio ‘Sabar, Kenapa Tak Sabar Ni’, Pija menyatakan tidak kisah untuk menerima tawaran untuk melakonkan watak antagonis.
Pada masa sama, dia juga meluahkan hasratnya untuk berlakon dengan pelakon lelaki popular, Zul Ariffin.
“Kalau saya dapat berlakon saya nak watak antagonis sebab saya memang suka watak yang marah-marah, membenci orang tu bagi saya senang sikit saya tak yah berlakon sangat kalau macam tu.
“Kalau diberi peluang untuk bawa watak penyondol tu maaf cakap belum pandai bawa, tapi kalau diberi watak untuk marah-marah orang tu boleh la tapi hi Zul Ariffin, teringin la nak berlakon dengan dia,” katanya berseloroh.
Sekadar info, pemenang bagi setiap kategori Gempak Most Wanted Awards 2024 bukan sekadar juara, tapi mereka juga bakal menjadi bintang filem dari Astro Shaw!
Undian fasa kedua, atau pemilihan pemenang utama bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 15 Januari 2025, jam 6 petang sehingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari.