Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#GMW: Adlin Aman Ramlie Nak Merewang, Konsert Rossa Best & Joe Flizzow Memang Havoc!

Mya Amri
19/07/2023 09:58 MYT
Menarik minggu ini program Gempak Most Wanted menampilkan pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramlie juga merupakan anggota pasukan Majakelat yang baru sahaja mendapat gelaran juara di Mega Spontan 2023.

Bukan itu sahaja, Adlin juga akan bercerita tentang filem terbaharu arahannya yang pertama iaitu Merewang Keluarga Pak Awang.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Minggu ini juga segmen Sportlight GMW juga turut diperkenalkan dan menerusi segmen tersebut penonton akan dapat melihat info tentang program-program terbaharu yang ditayangkan di Astro.

Satu lagi segmen baru ialah Hah… FYP? di mana hos akan menonton video-video trending yang terpilih bersama tetamu dan melihat reaksi mereka.

Episod kali ini juga menyaksikan GMW mengimbas kembali konsert dan juga acara menarik yang berlangsung minggu lalu.

Antaranya konsert Another Journey: The Beginning oleh Rossa, Konsert This Is Johan oleh Joe Flizzow dan juga acara The Sacred Riana Conjuring Live in Kuala Lumpur baru-baru ini.

Malah turut berada dalam GMW Highlights adalah acara sambutan International French Fry Day, oleh McDonald’s Malaysia.

McDonald’s Malaysia meraikan The Tallest French Fry in Malaysia dengan memaparkan kanvas ketang goreng yang luar biasa melalui LED dan mewarnai Menara KL.

Kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Menara KL menjadi lebih istimewa dengan kehadiran ikon muzik Malaysia, Datuk Sheila Majid untuk memeriahkan lagi sambutan ini.

Acara ini juga direkodkan dalam Malaysia Book of Records untuk The Tallest French Fry in Malaysia.

Nak tahu apa lagi yang menarik?

Saksikan Gempak Most Wanted, setiap Rabu jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104).

#Gempak Most Wanted #GMW