Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#GMW: Kenali Zeppo Youngsterz Juara Body Rock 2023, Nadeera Zaini Kongsi ‘Rahsia’ Dalam HP & Temu Bual Eksklusif YB Hannah Yeoh

Asyikin Mayudin
12/07/2023 11:25 MYT
Menarik minggu ini program Gempak Most Wanted menampilkan kumpulan tarian Malaysia iaitu Zeppo Youngsterz yang mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai juara Body Rock 2023 di San Diego, California, Amerika Syarikat Jun lalu.

Malah Sean Lee sekali pengacara untuk episod kali ini sempat memberi cabaran menari antara ahli kumpulan Zeppo Youngsterz.

Bukan itu sahaja, buat pertama kali segmen What’s On The Phone diperkenalkan dan penonton akan dapat melihat ‘rahsia’ dalam telefon bimbit milik juara program Big Stage 2023 iaitu Nadeera Zaini.

Istimewanya lagi, terdapat juga temu bual secara eksklusif bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Hanna Yeoh yang berkongsi mengenai program Battleground.

Selain itu, GMW minggu ini juga menampilkan temu bual santai Isha Norsham dengan penyanyi rap terkenal Joe Filzzow yang akan membuat konsert This Is Johon Live Concert pada 15 Julai di JioSpcae Petaling jaya.

Terdapat highlight dari konsert Nusa Fest yang sudah berlangsung selama dua hari pada hujung minggu lalu.

Nak tahu apa lagi yang menarik?

Saksikan Gempak Most Wanted, setiap Rabu jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Gempak Most Wanted juga boleh distrim di Astro Go.

#Joe Flizzow #Sean Lee #Gempak Most Wanted #Battleground #GWM #Hanna Yeoh #Zeppo Youngsterz