Gempak Most Wanted
#GMW: “Saya Takut… Dia Asyik Mesej Ayat & Video Lucah…” - Acacia Diana Dedah Kisah Penuh Diganggu Lelaki Gila Seks
Minggu ini program hiburan paling trending, Gempak Most Wanted menampilkan seorang jurufoto wanita yang menjadi mangsa seksual di media sosial sejak 2016, Acacia Diana.
Menerusi Gempak Most Wanted, Acacia memaklumkan tiada perkataan yang dapat membayangkan ketakutannya sebaik sahaja diganggu pelaku jenayah itu.
“Saya sangat takut, dia asyik mesej saya bertubi-tubi di Instagram, ayat-ayat lucah, video lucah, sampai ke satu tahap saya dah tak tahan saya cerita semuanya di sosial media.
“Dia bukan sahaja ganggu secara sosial media malah fizikal juga dan pernah kacau di tempat kerja. Kemudian ke United Kingdom selama lima tahun mencari saya,”
Ikuti pendedahan penuh Acacia malam ini.
Saksikan Gempak Most Wanted, setiap Rabu jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104).
Must-Watch Video