,
Gempak Most Wanted

#GMW: Segalanya ‘Panas’! Dini Lamar Janna, Kisah ‘Mami’ & Leona & Adira Nak Jadi Pelawak?

Syafiqah Jalal
15/06/2023
09:13 MYT
Minggu ini program hiburan dan paling trending, Gempak Most Wanted kembali lagi dengan pengisian yang lebih menarik.
Mekispun seorang lagi pengacara Sean Lee tiada, pasangannya Amelia Henderson bakal temani anda dalam semua segmen trending minggu ini!
Manakala tetamu yang bakal memeriahkan Gempak Most Wanted malam ini adalah penyanyi Adira Suhaimi dan pelakon Azhar Sulaiman.
Kedua-dua mereka merupakan selebiriti yang popular tetapi semakin trending di media sosial.
Ketika ditemu bual, Adira kini yang aktif di media sosial tidak kisah jika diminati kerana content yang dimuat naik berunsur komedi. Malah tidak kisah digelar pelawak?
Sementara Azhar pula mengaku menjadi trending di media sosial sejak akhir-akhir ini kerana kontroversi anak perempuanya Kasih Iris Leona?
Selain itu, menariknya dalam segmen Gempak Eksklusif Walimatulurus Janna Nick & Dini Schatzman. Dalam segmen ini pasangan ini menceritakan bagaimana pengalaman Dini melamar Janna di atas belon udara panas!
Nak tahu apa lagi yang menarik?
Saksikan Gempak Most Wanted, setiap Rabu jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Gempak Most Wanted juga boleh distrim di Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video