Artis Korea
11 Tahun Bertarung Nyawa Dengan Kanser, Kim Bo-Kyung Meninggal Dunia
Pelakon Korea Selatan Kim Bo-Kyung menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu selepas 11 tahun bertarung nyawa dengan kanser.
Bo-Kyung yang meninggal dunia pada usia 44 tahun itu dikebumikan di tempat kelahirannya di Busan, pada Jumaat.
Sehingga kini pihak keluarga mahu pun teman terdekat belum memberikan sebarang kenyataan mengenai pemergian Bo-kyung.
Pelakon lulusan Seoul Institute of the Arts itu mula membabitkan diri dalam bidang lakonan ketika berusia 22 tahun dalam filem Naked Being pada 1998.
Kemudian Bo-kyung mencuba nasib berlakon dalam drama pada 2001 menerusi School 4.
Populariti Bo-kyung semakin dikenali selepas memainkan watak sebagai Kim In-yeong dalam filem The Epitaph (2007), Kang Hee-jae dalam drama Behind the White Tower, serta Kyoung-jin dalam The Day He Arrives (2011).
Sumber: Soompi.com
Must-Watch Video