Nampaknya keinginan penyanyi K-Pop terkenal, Jackson Wang untuk melepak dan menikmati makanan di restoran mamak akhirnya tercapai.

Jackson dengan gembira berkongsi perkara itu menerusi mebeberapa siri video pendek yang di muat naik di ruangan Insta Story akaun Instagram miliknya pada Selasa.

Dengan menggunakan hashtag #mamak di video tersebut, Jackson merakamkan beberapa hidangan makanan yang dicuba antaranya Roti Naan, Ayam Tandoori, Roti Tisu dan juga air Milo Dinasour.

Malah Jackson juga memberitahu dia berjaya melunaskan hasratnya itu 20 minit sebelum berangkat meninggalkan lokasi persinggahannya.

“#MagicmanWorldTour #Malaysia hentian kedua. Terlalu kenangan di sini. Pelbagai pengalaman konsert, pengalaman kehidupan malam, berjalan di sekitar bandar.

“20 minit sebelum saya meninggalkan tempat yang menakjubkan ini, akhirnya dapat juga Mamak…

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas semua pengalaman dan saya harap semua orang yang hadir ke persembahan saya dapat merasakan mesej itu,” tulisnya.

A post shared by Jackson Wang (@jacksonwang852g7)

Jackson hadir ke Malaysia untuk menjayakan konsert Magic Man World Tour pada Sabtu lalu bertempat di Axiata Arena.

Dalam konsert tersebut juga Jackson berkata dia akan memastikan hasratnya untuk melepak di restoran mamak.

Sebelum ini Jackson menyatakan hasrat tersebut ketika kunjungan pertamanya ke Malaysia untuk persembahan Good Vibes Festival di Sunway Lagoon pada September lalu namun tidak sempat merialisasikan keinginannya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.