Muzik video terbaharu kumpulan K-Pop terkenal, BTS iaitu Butter telah melepasi 200 juta tontonan di YouTube hanya dalam masa empat hari selepas dilancarkan.

Jumlah itu sekaligus menjadikan Butter telah mencatatkan rekod terbaharu sebagai muzik video terpantas yang pernah mencapai 200 juta tontonan.

Malah Butter juga telah memecahkan rekod muzik video BTS sebelum ini iaitu Dynamite yang mengambil masa selama empat hari dan 12 jam.

BTS juga baru-baru ini telah memecah rekod YouTube dengan jumlah tontonan tertinggi melebihi 112 juta dalam tempoh 24 jam menerusi Butter.


YouTube juga mengumumkan bahawa muzik video Butter telah memecahkan rekod mereka sebagai video yang paling banyak ditonton di platform berkenaan dalam 24 jam dan mencapai 108.2 juta tontonan dalam jangka masa tersebut.

Selain Butter, antara muzik video BTS lain yang telah melebihi 200 juta tontonan adalah Dynamite (1 billion), Boy With Luv (1.2 billion), DNA (1.2 billion), Fake Love (935 juta), Idol (925 juta), Spring Day (414 juta), Life Goes On (339 juta), Black Swan (285 juta), On (254 juta), dan banyak lagi.