Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Keluarga Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap bagi melakukan pergerakan rentas negeri mulai hari ini.

Menurut Ismail, kelonggaran pergerakan rentas negeri diberi kepada rakyat memandangkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah pun mencapai 90 peratus.

Selepas pengumuman dibuat, golongan selebriti dilihat teruja dengan pengumuman tersebut dan ramai yang memuat naik gambar ulang siar mereka di lapangan terbang, percutian luar negara dan ada juga yang memuat naik gambar pasport masing-masing.

Sungguhpun berita tersebut menerima sambutan yang baik dalam kalangan rakyat, namun, nama pelakon Rita Rudaini dan Zul Yahya tetap menjadi ‘bualan manja’ netizen terutama di laman sosial Twitter.

BACA: Sebuah Lagi Produksi Gugurkan Namanya, Rita Dakwa Diri Didiskriminasi - "Bezanya Sekarang Malaysia Negara Diskriminasi.."

Menerusi kemas kini pengguna Twitter yang menggunakan nama @SyaheerAhmad, individu tersebut secara berjenaka memulang paku buah keras terhadap beberapa nama selebriti yang enggan mendapatkan suntikan vaksin.



“Haha antivaksin tak boleh rentas negeri. Kau lepak rumah Rita Rudaini jelah, tak pun Zul Yahya,” tulisnya.

BACA: "Sudah-Sudah Lah Tu" - Kongsi Pandangan Tentang Vaksin, Netizen Minta Zul Yahya Stop


Pengguna bernama @AzlinSyafinaz pula berkata: “Rasa nak senyum je. Rita Rudaini boleh tarik balik IGS (Instagram Story) dia pasal rentas negeri untuk semua tu kot. Hanya untuk mereka yang mengambil vaksin,” kongsinya.

Sementara itu, ada yang memberi cadangan supaya laporan polis dibuat jika Rita Rudaini atau Suhaimi Saad dilihat merentas negeri.



“Antivaksin tak boleh rentas negeri. Selepas ini, kalau nampak Rita Rudaini atau Mosus rentas boleh lapor polis,” cadangnya.

Sebelum ini, Rita Rudaini, Suhaimi Saad dan Zul Yahya begitu keras menentang pemberian vaksin terhadap diri mereka dan keluarga masing-masing.

Selain tiga selebriti ini, pelakon Ellie Suriati juga didakwa enggan menerima suntikan vaksin.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!