Artis Korea
“Apa Dah Jadi?” – Jennie BLACKPINK Terharu, Pengikut YouTube Cecah Lima Juta
Anggota kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK, Jennie terharu apabila akaun saluran YouTube miliknya mencecah lebih 5 juta pengikut.
Jennie menerusi posting di ruangan Insta Story akaun Instagramnya menyatakan rasa terima kasih dengan sambutan dan sokongan yang diberikan oleh peminat.
“Apa dah jadi? Terima kasih korang untuk tanda kasih sayang terhadap video saya.
"Terima kasih kerana menyukai YouTube saya yang tidak seberapa ini,” tulisnya.
Terdahulu, Jennie telah membuka saluran YouTube rasmi yang diberi nama Jennierubyjane Official pada tanggal 13 Januari lalu.
Sebagai hadiah untuk peminat, Jennie kemudian memuat naik video pertamanya pada 16 Januari dengan judul Hello World. From Jennie.
Video tersebut merakamkan aktiviti harian yang dilakukan di rumah seperti mengemas rumah, membasuh baju, bermain dengan anjing kesayangannya dan melukis.
Sekadar info: Tidak ramai selebriti di Korea yang memiliki saluran akaun YouTube sendiri jadi keputusan Jennie untuk membuka akaun sendiri sudah cukup mengujakan peminat.
Must-Watch Video