Drama siri Korea popular, The Penthouse baru tamat ditayangkan baru-baru ini.

Dengan jalan cerita yang hebat, drama ini berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.

Bagaimanapun sebaik tamat sahaja musim pertama The Penthouse, penonton mula menunjukkan rasa tidak sabar menantikan tayangan musim kedua.

Menurut laporan media, lawan web rasmi SBS memaklumkan tarikh penayangan The Penthouse 2 adalah pada 5 Februari mendatang.

Khabarnya pihak SBS juga turut menukar slot tayangan itu kepada Jumaat-Sabtu dan bukan seperti musim sebelumnya iaitu pada Isnin-Selasa.

Walaupun itu yang ditetapkan buat masa ini namun waktu dan tarikh tayangan boleh berubah mengikut pihak SBS.

Selain musim kedua, difahamkan juga The Penthouse bakal diteruskan untuk musim ketiga.

Untuk info: Musim pertama The Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.

The Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).

Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera.

Sumber: Koreaboo