Artis Korea
#BIGSTAGE5: “Kami Suka! Ini Kali Pertama Pakai Baju Tradisional” - Hoondoo Ucap Terima Kasih, Ghazal Untuk Rabiah Disukai Ramai
Bintang duo dari Korea, Hoondoo berjaya mempersembahkan lagu Ghazal Untuk Rabiah dengan baik sekali di minggu keenam ini.
Malah, juri tetap Ajai juga turut memuji usaha Hoodoo mempelajari lenggok ghazal selain membuat persembahan lengkap dengan pakaian tradisional.
Bagaimanapun kata Hoondoo, untuk membawakan lagu tersebut merupakan cabaran terbesar bagi mereka.
Advertisement
“Ghazal Untuk Rabiah merupakan cabaran terbesar kami. Sangat-sangat susah untuk kami bawakan walaupun ketika sesi latihan.
“Kami berasa sangat-sangat berterima kasih kepada anda semua kerana menerima nyanyian kami dengan baik,” kata Hoon.
Dalam pada itu, Hoondoo juga menyatakan rasa gembira dan berbesar hati kerana diberi peluang untuk membuat persembahan dengan memakai pakaian tradisional di Malaysia.
“Ini adalah kali pertama kami memakai set lengkap pakaian tradisional di sini. Sejujurnya kami berasa sangat gembira kerana kami tidak memiliki banyak peluang untuk memakai pakaian sebegini.
“Kami memakai pakaian yang cantik dan menyanyikan lagu irama yang sedap. Selain itu kami juga sangat seronok ketika membuat persembahan di atas pentas.
“Perasaannya terasa amat bagus sekali. Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan menerima Hoondoo,” katanya.
BACA: #BIGSTAGE5: Waode 100 Markah! Nadeera Zaini Dapat Standing Ovation Rossa, Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri
Minggu keenam ini menyaksikan Hoondoo menduduki tempat keempat manakala bintang yang tersingkir dengan menggunakan Imuniti-X pula adalah Farhan Shah dari Singapura.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan minggu ini adalah Datuk Seri Rossa.
Must-Watch Video